Cerita Mitos dalam Dua Dunia

Authors

  • Norazimah Zakaria Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Rusniyati Mahiyaddin Universiti Antarabangsa UNITAR
  • Siti Nor Amira Baharudin Universiti Antarabangsa UNITAR

Keywords:

Mitos, Kesusasteraan, Sosiologi, Universal, Budaya

Abstract

Cerita mitos adalah cerita dongeng yang berfungsi untuk menerangkan asal-usul kejadian seperti kejadian manusia, alam, binatang dan penempatan. Cerita mitos dianggap sebagai sebuah cerita yang benar-benar berlaku pada suatu masa dahulu dan dianggap suci atau sakral atau kudus oleh masyarakat ketika itu. Pada masa sekarang, sudut pandang alam masyarakat sudah berubah. Sebagai sebuah sastera lisan, cerita mitos bukan sahaja memberi unsur hiburan tetapi turut mempunyai unsur pengajaran. Sastera rakyat disebut juga sebagai sastera lisan. Di bawah genre sastera rakyat terdapat cerita mitos yang bersifat sejagat. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti sifat universal iaitu persamaan dan perbezaan dalam cerita mitos yang berlainan budaya. Metodologi kajian ialah rujukan pustaka iaitu dengan merujuk buku cerita mitos Melayu dan buku cerita mitos Cina di samping menggunakan bahan-bahan rujukan sampingan yang lain. Kajian ini membolehkan khalayak mengenal pasti wujudnya unsur persamaan dan perbezaan dalam cerita mitos walaupun dalam budaya yang berbeza. Persamaan itu boleh dilihat daripada konteks isi cerita, tema, nilai dan unsur pengajaran yang dibawa oleh pencerita. Perbezaan mungkin boleh dilihat dari aspek kepercayaan yang dianuti oleh dua kaum ini. Perbandingan cerita diharapkan dapat membuka ruang dan minda masyarakat mengenai kepentingan didikan yang disampaikan melalui unsur-unsur pengajaran dalam cerita mitos itu sendiri dan boleh memahami budaya masyarakat dahulu yang amat mementingkan nilai yang baik dalam kehidupan mereka. Unsur kesejagatan ini membawa nilai perpaduan dan menunjukkan dunia Melayu dan Cina saling berkaitan di antara satu sama lain.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ali Ahmad, 1987. Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azani Ismail Yaakub, Azman Che Mat & MatTaib Pa, 2012. Membina Kemahiran Pertuturan Menerusi Aktiviti Lakonan dalam Pengajaran Bahasa Arab. GEMA OnlineTM Journal ofLanguage Studies, 12(1), 325-337.

Alsace Yen, 1975. Shamanism As Reflected in The Folktale. University of Wisconsin: Madison.

Amoriggi, Helen Delores 1981. The Effect of Storytelling on Young Children's Sequencing Ability. Boston University.

Baumgartner, Barbara Walker, 1996. Folktale Storytelling as an Educational Tools, with Possible Therapeutic Implication. The Union Institute.

Benjamin, K. Tsou, 2009. Language Contact and Lexical Innovation. (Atas talian) Muat turun 20 Januari 201 1 , dari http://www.wsc.unierlangen.de/pdf/tsou.pdf.Othman Puteh et.al (peny). 2008. Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Dzulkifli bin Mohd Salleh, 1968. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang et.al., 1985. Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hashim Awang (peny), 1984. Seuntai Mutiara Klasik. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hashim Awang, 1985. Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Haron Daud, 1989. Sejarah Melayu: Satu Kajian daripada Aspek Pensejarahan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.squidoo.com/chinese-dragon

Khalid Hussain (peny), 1967. Hikayat Iskandar Zulkarnain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka.

Konrad, Elaine M, 1989. Developing Thinking Skills With Folktale Variants From Several Cultures. University of Massachusetts Amherst.

Lily Kong, Elaine Goh, 1995. Folktales and Reality: The Social Constuction of Race in Chinese Tales (Liaozhai). University of Singapore: Singapore

Chong Fah Hing (peny), 2009. Mitos China PurbakalaJilid 1 dan Jilid2. Kepong: One Nusantara Sdn. Bhd.

MohdTaib Osman dan Abu Hassan Sham, 1983. Warisan Prosa Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Hj Salleh, 2000. Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mukherjee, Radhakamal, 1951. The Social Function ofArt. WestPort, Connecticut: Greenwood Press Publishers.

Noriah Taslim, 1986. "Bausani dan Struktur Tipalogikal Sebuah Hikayat: Satu Penilaian Kembali". dlm. Dewan Sastera April hlm 39-44.

Noriah Taslim, 1993. Teori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Taslim, 2006. Dunia Sahibul Hikayat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Plummer, Ken, 1997. "An Invitation to a Sociology of Stories" dlm. Ann Gray dan Jim McGuidan (peny.). Studying Culture: An Introductory Reader. London: Arnold.

Sanusi Samid, 1986. "Sejarah Melayu sebagai Satu Sumber Sejarah" dalam Zahrah Ibrahim (peny) Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shellabear, W.G., 1975. Sejarah Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Siti Hawa Salleh, 1994. "Hikayat Merong Mahawangsa: Antara Mitos dan Realiti"dlm. Mohd Mandi Hassan (peny) Kesusasteraan Melayu Mitos dan Realiti: Esei/Kritikan Hadiah Sastera Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thompson, Stith, 1977. The Folktale. Oxford: University of California Press. (Atas talian). Muat turun 1 Januari 2013 dari http:/(books.google.com.my/books

Winstedt, R.O., 1969. A History of Classical Malay Literature. London: Oxford University Press.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan, 201 1. "Bahasa dan Pemikiran dalam Peribahasa Melayu". GEMA Online TM Journal of Language Studies, 1 1 (3), (31-51).

Downloads

Published

2013-11-27

How to Cite

Zakaria, N., Mahiyaddin, R., & Baharudin, S. N. A. (2013). Cerita Mitos dalam Dua Dunia. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 45–60. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3230