Peranan Wanita Melayu Untuk Melaksanakan Modal Insan Bagi Memperkembangkan Minda Kelas Pertama Menuju Kepada Pembangunan Negara

Authors

  • Siti Khariah Mohd Zubir

Keywords:

Peranan, Modal Insan, Minda Kelas Pertama, Pembangunan Negara, RMK-9

Abstract

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK- 9) dengan teras Misi Nasional dilancarkan pada 31 Mac 2006 yang lalu bagi memacu negara ini menuju Wawasan 2020 dengan pendekatan berasaskan pengetahuan, kreativiti, inovasi dan usaha memupuk minda kelas pertama. Agenda penting negara yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, merupakan rangka kerja dasar dan perlaksanaan yang menggariskan keutamaan negara untuk tempuh 15 tahun akan datang menjelang 2020. RMK-9 yang berteraskan Misi Nasional memberikan penekanan terhadap perlaksanaan program yang meningkatkan daya saing negara, memperkukuhkan perpaduan, mewujudkan pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Bagi mencapai Wawasan 2020, Misi Nasional menggariskan lima teras utama, iaitu: Pertama, meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara. Kedua, meningkatkan keupayaan pengetahuan, iaitu modal insan yang akan melahirkan insan yang memiliki "Minda kelas pertama" yang berpengetahuan positif, kreatif, inovatif dan berwibawa atau berintegriti. Ketiga, menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif. Keempat, meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dan kelima, mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara. RMK-9 pula berfungsi sebagai pelan terperinci untuk lima tahun pertama misi tersebut yang menggariskan dasar dan program utama kea rah mencapai teras serta objektifnya, iaitu: "Misi Nasional akan memastikan matlamat kemajuan negara yang bersifat menyeluruh dan seimbang tercapai seiring dengan kecemerlangan tamadun Islam dan selaras dengan pendekatan Islam Hadhari." Antara faktor utama bagi menjadi negara maju menjelang 2020 nanti ialah keupayaan dan keperibadian rakyat negara ini terutamanya peranan wanita Melayu dalam memajukan negara. Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara yang memiliki "insfrastruktur kelas pertama," tetapi rakyatnya mempunyai "minda kelas ketiga." Golongan belia dan pelajar Melayu terutamanya wanita sekarang merupakan kelompok paling kritikal yang perlu mengalami perubahan minda. Hal ini demikian kerana, 15 tahun dari sekarang merupakan rakyat Malaysia yang akan merasai baikburuknya negara ini pada tahun 2020 nanti.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Haji Othman Hamzah al-Muqri. Negara Maju Menurut Perspektif Islam. Selangor Maju, 15 Jun 2006: 12.

Hasliza Hassan. Modal Insan Teras Membangun Ikut Acuan Sendiri. Berita Minggu, Julai 2006: 15.

Kakos Sumardja, 1984. Memahami Kesusasteraan. Bandung: Penerbitan Alumni.

Jamaluddin Bin Haji Ahmad Damanhuri. "Budaya Cemerlang Perkhidmatan Terbilang" Teks Ucapan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Mei 2005.

Mohd Shukri Mohd Ariff. "Minda Kelas Pertama" Dewan Masyarakat, Mei 2006: 5.

Mohd Shukri Shuib. "Sektor Pertanian Dalam RMK-9. Dewan Masyarakat, Jun 2006: 48-49.

Mohd Yusof Hasan, 2004. Pembinaan Pradigma Pemikiran Peradaban Melayu. Tanjong Malim: Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Yusof Hasan, 2005. Pembinaan Pradigma Pemikiran Peradaban Melayu. Tanjong Malim: Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Norraesah Haji Mohamad, 2006. Ucap Utama DialogDewan Mayarakat: RIW<-9 Mengenali Peranan Peluang dan Cabaran Untuk Wanita. Kuala Lumpur: DBP.

Norizan Bin Sharif. Membudayakan Islam Dalam Negeri Maju. Selangor Maju, 1 Julai 2006: 10.

Ziauddin Sharuddin. Wanita Tingkat Kejayaan Melayu. Berita Minggu, 15 Oktober 2006: 1.

Ziauddin Sharuddin. Meritokrasi Ke Universiti Rosakkan harapan Melayu. Berita Minggu, 15 Oktober 2006: 14.

Downloads

Published

2006-11-30

How to Cite

Mohd Zubir, S. K. (2006). Peranan Wanita Melayu Untuk Melaksanakan Modal Insan Bagi Memperkembangkan Minda Kelas Pertama Menuju Kepada Pembangunan Negara. Jurnal Peradaban Melayu, 4, 111–120. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3223