Manuskrip Melayu

Unsur-Unsur Pembinaan Insan Gemilang Sepanjang Zaman

Authors

  • Siti Hawa Salleh

Keywords:

Manuskrip Melayu, Pembinaan, Insan Gemilang, Warisan, Bangsa Melayu

Abstract

Perbendaharaan warisan bangsa Melayu dalam bentuk manuskrip atau naskhah yakni naskhah bertulis tangan merupakan suatu khazanah warisan yang besar dan mengandungi berbagai-bagai bahan ilmu, wasiat dan pedoman. Jumlah naskhah sebenarnya sukar diberi dalam angka yang tepat kerana sehingga abad ke-20, penemuan-penemuan baru kumpulan naskhah Melayu lama masih berlaku (Mulyadi dan Maryam 1990). Dalam tahun-tahun 1980-an ke 1990-an, Perpustakaan Negara Malaysia memperoleh beberapa koleksi naskhah Melayu dari Sri Lanka, Pattani dan beberapa daerah dari Indonesia. Pemerolehan-pemerolehan mutakhir ini mengubah jumlah naskhah Melayu yang diketahui atau dianggarkan pada tahun 1967 daripada 3000 - 5000 naskhah (Ismail Hussein 1974) kepada jumlah yang jauh lebih tinggi. Contohnya dapat dilihat dalam penemuan koleksi naskhah Melayu yang ditemui dalam simpanan istana raja Bima yang terdiri daripada 61 naskhah termasuk beberapa warkah utusan rajaraja Bima (Katalog I) dan 107 naskhah dan warkah (Katalog II) (Mulyadi & Maryam 1992; Siti Hawa 2002: 356-8). Ternyata naskhah-naskhah Melayu dikarang dalam berbagai-bagai genre daripada naskhah perundangan, pensejarahan, peradaban, kitab dan karya-karya keagamaan, hikayat-hikayat hiburan dalam bentuk prosa dan syair, perubatan tradisional dan berbagai-bagai Iagi. Setiap karya yang dihasilkan memperlihatkan tujuan atau objektif yang sama iaitu memberi bimbingan dan panduan kepada ahli-ahli masyarakatnya untuk menjadi insan mulia dan ideal seperti yang dikehendaki oleh kerajaan, negeri dan masyarakatnya sendiri.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Samad Ahmad (Pnyl.). 1987. Sulalat al-Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cheah Boon Kheng dan Abdul Rahman Haji Ismail (Penyusun dan Perumi),
1998, Sejarah Melayu (The Malay Annals), Ms. Raffles No. 18, MBRAS, Reprint No. 17. Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd.:P. Pinang.

Crawfurd, J, 1967. The History of The Indian Archipelago. Vol. 2 London: Frank Cass.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh dan Jamilah Haji Ahmad, 2000. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein, 1974. The Study of Traditional Malay Literature with A Selected Bibliography. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun, 2003. Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad, 1964. Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad (Pnyl.), 1985 & 1995. Hikayat Hang Tuah dan diberikan Pengenalan Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Edisi Pelajar)

Khalid M. Hussain (Pnyl.), 1966. Taj Us-Salatin. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (Cetakan kedua 1992)

Kratz, E. Ll., 2002, "Hikayat Hang Tuah, The Epic", Conference on Epic, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Oktober 2002.

Mulyadi, S. W. R. dan Maryam, R. H. S, 1992. Katalogus Naskhah Melayu Bima I & Il, Bima: Yayasan Museum Kebudayaan "Samparaja" Bima.

Par-nickel, B, 1960, "An Attempt of Interpretation of The Main Characters of The Malay "Hikayat Hang Tuah", kertas kerja yang dibentangkan di International Congress ofOrientalists ke-25, Moskow.

Par-nickel, B., 1976, "An Epic Hero and An Epic Traitor: Hikayat Hang Tuah" dim. BKI 132 (4). (403-16).

Siti Hawa Haji Salleh, 2002. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Cetakan ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sutrisno, S, 1983. Hikayat Hang Tuah: Analisa Struktur dan Fungsi, Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

Tafsir Pimpinan Al-Rahman kepada Pengertian Al-Qur 'an, 1990. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. (Cetakan ke-10)

Teuku Iskandar, 1987, "Tun Seri Lanang Pengarang Sejarah Melayu" dlm. Mohamad Daud Mohamad (Pnyl.). 1987. Tokoh-Tokoh Sastera Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teuku Iskandar, 1995. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepnjang Abad. Shah Alam, Selangor : Melindo Printers.

Downloads

Published

2006-11-30

How to Cite

Salleh, S. H. (2006). Manuskrip Melayu: Unsur-Unsur Pembinaan Insan Gemilang Sepanjang Zaman. Jurnal Peradaban Melayu, 4, 55–76. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3220