Tulisan Jawi: Pemikiran Penyair dalam Puisi Melayu Moden dari Perspektif Teori SPB4K

Authors

  • Ani Omar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Jawi, Pemikiran, Puisi Melayu Moden, Teori SPB4K, Penyair

Abstract

Mengikut sejarah, penggunaan tulisan Jawi ada kaitannya dengan kedatangan agama Islam ke alam Melayu. Hashim Haji Musa (1999:1) menyatakan tulisan atau skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama İslam. Siti Hawa Haji Salleh (1997:10) menyatakan pembukaan Melaka pada awal abad ke-15 menyediakan era baharu bagi perkembangan kesusasteraan Melayu. Islam yang telah pun tiba lebih avval dan bertapak di Pasai menjadikan agama tersebut lebih pesat perkembangannya. Kedatangan Islam ke daerah ini membawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu dan yang lebih pentingnya agama Islam telah membawa bersama-samanya pembaharuan daripada segi penulisan. Dengan bertambahnya kepentingan Melaka sebagai pusat pemerintahan kerajaan Melayu, penyebaran agama Islam juga ikut menjadi bertambah pesat. Pengembang-pengembang agama Islam berjaya menyebarkan agama baharu itü pada peringkat awalnya secara lisan dan praktjss Tetapi apabila agama itü sampai pada tahap perkembangan yang lebih tinggi dan canggih, ternyata ia memerlukan bahan-bahan bacaan dan rujukan kerana tidak semuanya dapat disampaikan melalui lisan semata-mata. Beşar kemungkinan tulisan Jawi terus diajar kepada penganut-penganut baharu agama Islam kerana perlakuan ibadat seperti sembahyang dan berdoa memerlukan pembacaan dan penghafalan ayat-ayat suci al-Quran. Untuk mempelajari surah-surah, walau yang pendek sekalipun, seseorang perlu mengetahui dan menguasai tulisan Jawi. Apa yang lebih penting, ia perlu mengetahui tulisan Jawi untuk membaca al-Quran.

Downloads

Download data is not yet available.

References

A.Samad Said, 2006. Rindu lbu. Kuala Lumpur: Wira Bukit.

Abdul Razak Abdul Hamid, 1977. Belajar Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Adi Yasran dan Arbak Othman, 2007. "Sistem Tulisan Jawi Berdasarkan Pendekatan Fonetik dan Fonologi", Artikel dalam Prosoding Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-3 2007. Pada 13-14 November 2007 di Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar UPM. Adi Yasran Abdul Aziz (peny)

Amat Johari Moain, 1998. Sejarah Rumpun Bahasa Melayu. Serdang: UPM.

Antologi Puisi Karyawan Muda Darul Khusus, 2007. Epal Merah. Seremban: Persatuan Penulis Negeri Sembilan.

Dharmawijaya, 1998. Puisi Melayu. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Hashim Haji Musa, 1999. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Hasan, 2007. Teori Pendidikan Pemikiran Global. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.

Noraini Abu Bakar. "Memperkasa Tulisan Jawi di Wilayah Utara", dalam Majalah Jendela Utara, 20 Dis. 2007

Rahimidin Zahari, 2006. Manuskrip Luka Bangsa. Kuala Lumpur: PENA.

Siti Hawa Haji Salleh, 1997. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abdul Kadir, 2007. Jasa lbu. Selangor: Salwa Tegap Niaga Seri Kembangan.

AKHBAR

Berita Minggu, 29 Jun 2008. Wan Faizal Ismayatim "Saya Jatuh Cinta Seni Tulisan Jawi". (Ruangan Dimensi)

Berita Minggu, 20 Ogos 2006. Johan Jaafar: "Realiti Baru Masyarakat Melayu" (Ruangan Rencana)

Utusan Melayu Mingguan (13-19 Mac 2005) Agus Salim "Aksara Bumiputera" (Ruangan Puisi)

Utusan Melayu Mingguan (30 Jan.-5 Feb 2005) Agus Salim "Jawi dan Rumi" (Ruangan Puisi)

Utusan Malaysia (7 Dis. 2006) Dr. Sidek Baba "Remaja Perlu Kembali Kepada Jiwa Umat Melayu" (Ruangan Agama)

Utusan Melayu (19 Mei 2008) "Pencapaian Jawi di Pendidikan Khas Masih Rendah" (Ruangan Semasa)

Downloads

Published

2012-12-13

How to Cite

Omar, A. (2012). Tulisan Jawi: Pemikiran Penyair dalam Puisi Melayu Moden dari Perspektif Teori SPB4K. Jurnal Peradaban Melayu, 7, 125–144. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3198