SHAHNON AHMAD: INTROSPEKSI DIRI DALAM AUTOBIOGRAFI DETIK-DETIK DIRI DI DAERAH DAIF

SHAHNON AHMAD: SELF-INTROSPECTION IN THE AUTOBIOGRAPHY OF DETIK-DETIK DIRI DI DAERAH DAIF

Authors

  • Ani Haji Omar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

introspeksi diri, menginsafkan, bermuhasabah, kehidupan, pemikiran

Abstract

Novel Detik-Detik Diri di Daerah Daif (1991), merupakan autobiografi Shahnon dalam karya kreatif yang dipenuhi dengan pengalaman-pengalaman dalam kehidupannya bersama keluarga, di kalangan adik-beradik, kawan-kawan dan orangorang kampungnya. Deskripsi kehidupan di kampung kelahirannya iaitu Kampung Banggul Derdap sangat vivid, ikhlas dan penuh nostalgia. Novel ini mengambarkan suasana kampung yang penuh suka duka, gelak ketawa dan sindir menyindir. Ternyata Shahnon mempunyai tersangat banyak daya kreativiti dan pengalaman dalam menghidupkan aura desa kelahirannya. Novel ini amat menarik kerana ia memperlihatkan introspeksi diri sejak kecil pengarang yang telah berlalu lebih 60 tahun yang lalu. Pengalaman hidup dan pengetahuan tentang desa, peristiwa dan watak-watak yang digambarkan masih jelas dan segar dalam ingatan pengarang. Selanjutnya kertas kerja ini akan menyelami introspeksi diri Shahnon melalui segala anekdot dan episod yang digambarkan melalui bahasa yang bertenaga, bahasa daerah yang tepat dengan deskripsi yang terperinci sekali. Novel yang mengandungi 191 halaman ini boleh dijadikan renungan dan bermuhasabah diri bukan sahaja kepada pengarang malah kepada pembaca, kerana pemikiran dan penghargaannya tentang kehidupan masa kecil, alam sekeliling yang dipenuhi dengan sawah bendang, watakwatak istimewa kampung, bukit bakaunya, sungai dan paritnya, bumi yang subur, unsur-unsur angin, tanah dan air, tempat beribadat seperti madrasah atau surau, sumber hiburan desa, hari-hari keramaian, jemputan ke kampung dan ke rumah serta akhir sekali ziarah arwah ibu bapanya. Introspeksi diri Sasterawan Melayu ini sangat menginsafkan kerana setiap detik yang telah dilalui dihargai walaupun dari daerah yang serba daif.

 

Detik-Detik Diri di Daerah Daif novel (1991), is Shahnon's autobiography in a creative work filled with experiences in his life with his family, among his siblings, friends and villagers. Description of life in his hometown of Kampung Banggul Derdap is very vivid, sincere and nostalgic. This novel illustrates the fun atmosphere of a village, laughter and sarcasm. It turns out that Shahnon has a lot of creativity and experience in bringing the aura of his hometown. This novel is very interesting because it shows introspection since the author's childhood that has passed over 60 years ago. The experience of life and knowledge of the village, the events and characters described is still clear and fresh in the author's memory. The paper will then explore Shahnon's self-introspection through all the anecdotes and episodes depicted in powerful language, the correct regional language with a detailed description of it. The novel that contains 191 pages can be a self-reflection and ponder not only on the author but also on the reader, because of his thoughts and appreciation of childhood life, the environment filled with paddy fields, the special character of the village, hill, the river and ditch, wind, soil and water elements, places of worship such as madrassas or surau, village entertainment sources, events, invitations to the village and home and ultimately the visit for his late parents. The introspection of the Malay Literature is very convincing because every second that has been passed is appreciated even from an underprivileged district.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-12-18

How to Cite

Haji Omar, A. (2014). SHAHNON AHMAD: INTROSPEKSI DIRI DALAM AUTOBIOGRAFI DETIK-DETIK DIRI DI DAERAH DAIF: SHAHNON AHMAD: SELF-INTROSPECTION IN THE AUTOBIOGRAPHY OF DETIK-DETIK DIRI DI DAERAH DAIF. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 129–147. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/1994