TEORI FALSAFAH BAHASA DALAM STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

LANGUAGE PHILOSOPHY THEORY OF MALAY LANGUAGE CURRICULUM STANDARD IN PRIMARY SCHOOL

Authors

  • Hj. Mohd Rashid Hj. Md. Idris Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mahzir Ibrahim Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Kurikulum Bahasa Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Sekolah Rendah, Teori Falsafah Bahasa

Abstract

Kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah adalah penting untuk menjayakan peranan dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa penyatupaduan kaum-kaum di Malaysia. Dalam hal ini, kajian berkaitan dengan standard kurikulum ini adalah perlu untuk memberi nilai tambah kepada kelangsungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang inginkan adanya usaha berterusan ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti Teori Falsafah Bahasa, menyelidik kandungan standard dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), dan mengenal pasti aspek Teori Falsafah Bahasa dalam Bahasa Malaysia KSSR. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial. Oleh itu, kajian ini akan membantu golongan pendidik dalam merealisasikan impian tersebut. Pada masa yang sama diharapkan para pelajar sejak di sekolah rendah lagi dapat mengamalkan prinsip kesempurnaan berbahasa seperti dalam gagasan Teori Falsafah Bahasa untuk membolehkan mereka memahami, menghayati dan melahirkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.


Malay subject in primary school’s curriculum is vital to the success of the role and function of Malay language as an official language, the national language, the language of instruction and language integration of races in Malaysia. In this case, the research related to the curriculum standards is necessary to add value to the existence of National Education Philosophy in looking towards the ongoing efforts for a balanced and harmony intellectual, spiritual, emotional and physics. The objective of this study is to examine the Philosophy of Language Theory, to review the standard content in Malay based on the Standard Curriculum for Primary Schools (KSSR), and to identify some aspects of Theory of Philosophy in Malay Language KSSR. Standard Malay Primary School Curriculum is designed to enable students to be competent in speaking and communicating to meet the needs of self necessity, knowledge, skills, information, values, ideas and social relations. Therefore, this study will help educators to achieve those goals. At the same time students from primary school are expected to speak to the principle of perfection like the idea of Philosophy of Language Theory to enable them to understand, appreciate and speak Malay as a pride of Malaysian

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-12-18

How to Cite

Hj. Md. Idris, H. M. R., & Ibrahim, M. (2014). TEORI FALSAFAH BAHASA DALAM STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH: LANGUAGE PHILOSOPHY THEORY OF MALAY LANGUAGE CURRICULUM STANDARD IN PRIMARY SCHOOL. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 63–83. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/1972