Pendidikan Sekolah Inggeris Anak-Anak Orang Melayu di Kelantan 1909 Hingga 1957

Authors

  • Azannudin Ashari Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Khairi Ariffin Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol19.1.8.2024

Keywords:

pondok, ulama, agama, barat, pengaruh, pendidikan, taraf dan tahap

Abstract

Sebelum kedatangan kolonial British di Tanah Melayu, masyarakat Melayu telah mempunyai corak pendidikan tersendiri iaitu pendidikan asas agama dan Al-Quran keutamaan kepada ilmu akhirat dan berpegang kepada tauhid serta mendahulukan keagamaan. Dipercayai pendidikan Islam di Kelantan telah bermula sejak 300-400 tahun yang lalu. Menjelang 1900 sehingga kini, pendidikan Islam di Kelantan dapat dilihat menerusi dua bentuk pengajian iaitu pendidikan pondok dan persekolahan. Kajian ini memfokuskan tentang sejarah Pendidikan Di Sekolah Inggeris anak-anak orang melayu di Kelantan 1909 hingga 1957. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan pendidikan anak-anak orang melayu di sekolah inggeris daerah Kelantan. Selain itu, kajian ini menganalisis penglibatan anak-anak orang melayu di sekolah inggeris sehingga Merdeka pada tahun 1957. Seterusnya menganalisis isu dan masalah pendidikan inggeris ke atas anak orang Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat rujukan di perpustakaan dan arkib. Maklumat-maklumat tersebutdiperoleh melalui sumber primer dan sekunder. Sumber primer tersebut merujuk kepada analisis dokumen seperti Colonial Office (CO), Annual Report, dan fail Setiausaha Kerajaan (SUK) dari Arkib Negara Malaysia. Selain itu, sumber sekunder seperti penulisan ilmiah dari Arkib Negara Malaysia, Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut digunakan. Di samping itu, kajian ini turut menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan seperti di sekolah-sekolah yang dikaji. Hasil kajian akan diperolehi setelah meneliti dan membuat kesahan data yang dikumpulkan. Pada awalnya, daerah di Kelantan mengamalkan sistem pendidikan secara tidak formal dan secara tradisional iaitu pengajian secara tidak langsung, pengajian di pondok-pondok dan di masjid-masjid. Namun setelah kemasukan British, sistem pendidikan Inggeris yang diperkenalkan olehnya memberikan kesedaran kepada masyarakat Melayu untuk mempelajari pelajaran Inggeris bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka. Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat pendidikan anak-anak orang Melayu di sekolah Inggeris daerah Kelantan yang dibawa oleh British bagi membantu melicinkan pentadbiran negeri serta meningkatkan taraf hidup masyarakat daerah Kelantan sepanjang pendudukan British di Kelantan khususnya daerah Kota Bahru.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Albert Anak Francis Akok, Pendidikan Melayu Pada Zaman Kolonialisme British di Kuching, Serawak Pada Tahun 1839-1963. (Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris,2013).

Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1974).

Azhar Hj Wahid (2011), ”Hagemoni Intelektual Kolonialisme dalam Novel Melayu, Colonial Intellectual Hegemony in Malay Novel” Jurnal Melayu (6).

Bilcher Bala, (2000), Penyelidikan dan Penulisan Sejarah, Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faezah Abd. Rahman, (1991), Pemerintahan Kelantan Menurut Kronologi. Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Hassan Harun (1999), Kelantan Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan, Kuala Lumpur: DD Mediaconsult Sdn. Bhd.

Kelantan Administration Report (KAR), 1919.

Komaruddin Hidayat, ”Upaya Memahami Pesan Tuhan”,(Yogyakarta:UII Press,2006)

Khairi Ariffin, Ramli bin Saadon & Ismail, Kurikulum Pelajaran Vernakular Melayu di Tanah Melayu pada Zaman Kolonial British sehingga Perang Dunia Kedua. Dalam Jurnal Pusat Pantara Ilmu dan Bahasa. (2012).

Lisa Yip Shukye Phd. (2013). Penghantar Sejarah. Freemind Horizons Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mohd Roselan Abd. Malek (1997), Salasilah Nama Tempat Negeri Kelantan Darul Naim, Petaling Jaya: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.

Mohd Zin Salleh, (1987), Keluarga Di Raja Kelantan Darul Naim, Kota Bharu, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Nik Hazmi bin Nik Man, Sejarah Perkembangan Sekolah Melayu Di Kedah Sebelum Dan Selepas Campur Tangan British Sehingga Tahun 1941: Suatu Perbincangan. (Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris,2009).

Noresah bt Baharom, Kamus dewan edisi ketiga. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007).

Ramlah bt Mohamad Yusoff, Pendidikan Kolonial British di Pulau Pinang Sebelum Pendudukan Jepun. (Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2007).

Siti Fathihah Abd Latif, Mahani Musa, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) Dan Pemodenan Pendidikan Di Kelantan, 1917-1957, Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 48 (1) (April 2021): 1-29. Universiti Sains Malaysia.

Siti Fathihah binti Abd Latif, Masyarakat Tempatan Sebagai Penggerak Pendidikan Di Kelantan, 1909-1941. Sejarah: Journal of History Department, University of Malaya; No. 29 (2) 2020: 89-107; ISSN 1985-0611.

Shahril Talib, History of Kelantan, 1890-1940, Monograph No. 21, MBRAS, 1995.

Suhartono W. Pranoto, ”Teori & Metodologi Sejarah”,( Yogyakarta : Grana Ilmu,2004).

Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhiram,” Perkembangan Pendidikan Di Serawak”, (Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka,1990).

Sufean Hussin. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan Falsafah. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008).

Zetimimi Zakaria, (1997), “Kelantan Sebelum Persekutuan Tanah Melayu” dalam Dato’ Nik Mohamed bin Nik Mohd Salleh, Warisan Kelantan XIV. Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Downloads

Published

2024-04-30

How to Cite

Ashari, A., & Ariffin, K. (2024). Pendidikan Sekolah Inggeris Anak-Anak Orang Melayu di Kelantan 1909 Hingga 1957. Jurnal Peradaban Melayu, 19(1), 76–82. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol19.1.8.2024