@article{Abdullah_Rosli_Noor_Yazid_Yusoff_Borhan_Ishak_2021, title={Interaktif multimedia “e-LABS” untuk makmal Kejuruteraan: Multimedia interactive “e-LABS” for Engineering laboratories}, volume={8}, url={https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/6213}, DOI={10.37134/jictie.vol8.sp.2.2.2021}, abstractNote={<p>Pembelajaran dalam talian merupakan norma baharu yang terpaksa diamalkan secara mendadak akibat pandemik Covid-19. Pandemik telah mencetuskan  kesan kepada sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti dan politeknik. Hal ini, memberi impak yang besar terhadap psikologi para pelajar terutamanya dalam pengajian mereka sepanjang tempoh pandemik ini di mana mereka perlu menyesuaikan diri dengan corak pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berbanding corak konvensional sedia ada. Komunikasi dalam talian amat penting bagi para pelajar untuk meneruskan penglibatan dalam kelas, bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan pensyarah tetapi juga untuk berkomunikasi sesama pelajar. Soal selidik dalam talian telah dibentuk bagi menilai cadangan pembangunan interaktif multimedia ‘e-LABS’ sebagai <em>One Stop Portal</em> Makmal Kejuruteraan Pengangkutan. Kajian ini telah dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi <em>Google Form</em> yang melibatkan seramai 151 orang pelajar iaitu 98 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan 53 pelajar Politeknik Ungku Omar. Data yang diperolehi dari soal selidik ini telah dianalisis menggunakan <em>Statistical Package for the Social Sciences</em> (SPSS) versi 26. Melalui dapatan deskriptif yang dijalankan didapati bahawa seramai 68% responden menyatakan bahawa pembelajaran secara dalam talian (e-learning) adalah berguna untuk pembelajaran mereka. Analisis juga menyokong idea pembangunan interaktif multimedia ‘e-LABS’ dengan skor min 4.10. Hasil kajian juga menunjukkan Multimedia Interaktif ’e-LABS’ merupakan satu platform yang menggabungkan pelbagai media seperti visual, audio dan teks bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di makmal pengangkutan dengan skor min tertinggi kedua iaitu 4.07.  Oleh itu, kajian ini dapat dijadikan satu platform dan sumber rujukan baharu terhadap institusi pendidikan di negara ini khususnya kepada bidang makmal kejuruteraan pengangkutan bagi memastikan sistem pembelajaran secara dalam talian dapat dilaksanakan dengan mantap.</p> <p><strong>ABSTRACT</strong></p> <p><em>Online learning is a new norm that has been forced upon us by the Covid-19 pandemic. This pandemic has had an effect on the learning and teaching processes at universities and polytechnics. It has a tremendous impact on students’ psychology, particularly during this period of stillness, when each student must adapt to the online teaching and learning pattern, which differs from the established traditional pattern. Online communication is vital for students to remain engaged in the classroom and communicate with lecturers and fellow students. A web-based questionnaire was developed to assess the proposed development of interactive multimedia ’e-LABS’ as a One-Stop Portal for Transportation Engineering Laboratories. This survey was conducted online using the Google Form application, with 151 students participating, 98 from Universiti Kebangsaan Malaysia and 53 from Ungku Omar Polytechnic. The data from this questionnaire was analysed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 26. According to the descriptive data, 68% percent of respondents indicated that online learning (e-learning) is beneficial to their learning. With a mean score of 4.10, the analysis also supports the concept of interactive multimedia development ’e-LABS’. Furthermore, the data show that the Interactive Multimedia ’e-LABS’ is a platform that incorporates a variety of media types, such as visual, audio, and text, to aid in the teaching and learning process in the transport laboratory, with the second highest mean score of 4.07. Thus, this study can be used as a new platform and reference source for educational institutions, particularly in transportation engineering laboratories, to ensure the online learning system is implemented robustly.</em></p>}, number={4}, journal={Journal of ICT in Education}, author={Abdullah, Ahmad Shafawi and Rosli, Suhaizam and Noor, Azhar Mohd and Yazid, Muhamad Razuhanafi Mat and Yusoff, Nur Izzi Md and Borhan, Muhamad Nazri and Ishak, Azura}, year={2021}, month={Dec.}, pages={13–21} }