@article{Mohamad_2022, title={Analisis pola penggunaan portal e-pembelajaran dan pencapaian subjek: Analysis of e-learning portal usage pattern and subject achievement}, volume={9}, url={https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/6102}, DOI={10.37134/jictie.vol9.1.9.2022}, abstractNote={
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Covid-19 menyebabkan sebahagian sebahagian besar rutin harian normal berubah termasuk proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Alternatif terbaik meneruskan proses pembelajaran tanpa bersemuka ialah memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) iaitu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) sepenuhnya yang memerlukan empat komponen utama; pensyarah, pelajar, pedagogi dan objek pembelajaran (learning object, LO), dan teknologi. Pelajar perlu mencapai objek pembelajaran yang disediakan oleh pensyarah dengan bantuan teknologi. Situasi ini secara tidak langsung memerlukan komitmen dan daya usaha pelajar menguruskan pembelajaran sendiri.  Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengena pasti pola kekerapan capaian pelajar kepada LO bagi salah satu subjek umum universiti dalam tempoh PKP serta perkaitannya dengan pencapaian subjek. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan instrumen data log capaian portal e-pembelajaran bagi analisis deskriptif untuk mengenal pasti pola kekerapan capaian dan perkaitan pencapaian. Hasil analisis mendapati pelajar gred A mempunyai pola kekerapan capaian LO lebih tinggi berbanding pelajar gred B dan C. Manakala LO berbentuk dokumen lebih kerap dicapai berbanding LO video. Analisis perkaitan mendapati pola kekerapan capaian LO mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar. Perbincangan akhir kajian mencadangkan pensyarah perlu melaksanakan pengajaran dengan struktur tertentu yang memerlukan pelajar membuat capaian LO bagi membantu pencapaian subjek.

ABSTRACT

The implementation of Movement Control Order (MCO) due to the Covid-19 pandemic had an impact on an academic routine such as the teaching and learning (T&L) process. The best alternative to this situation is fully online T&L by using information and communication technology. There are four main components in online T&L; lecturer, student, pedagogy and learning object (LO), and technology. Students need to access provided LO virtually. This situation required student commitment to manage their own learning process or self-learning. Therefore, the aim of this research is to identify the pattern of LO accessing by students while in the MCO period and its relationship to subject achievement. This quantitative research used data and log from the e-learning portal for descriptive analysis to identify the pattern and its relationship to subject achievement. A result of the analysis shows that grade A students tend to access LO more than grade B and grade C students while text-based LO gets higher in accessing compared to the video. The next analysis shows that there is a relationship between the pattern of LO accessing and subject achievement. As an implication of study and discussion, lecturer and institution are highly recommended for specific T&L structure support by specific LO to help student achievement in the subject.
}, number={1}, journal={Journal of ICT in Education}, author={Mohamad, Ahmad Muhaimin}, year={2022}, month={Mar.}, pages={100–116} }