Konsonan Arab Berdasarkan Konsep Ansur Maju dalam Pembelajaran Sebutan Peringkat Awal Pembelajaran

Arabic Consonants Based on the Concept of Learning Progression in the Early Stages of Learning Pronunciation

Authors

  • Zarima Mohd Zakaria Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nik Mohd Rahimi Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

konsonan Arab, konsep ansur maju, peringkat awal pembelajaran

Abstract

Konsonan Arab dari aras sebutan mudah ke aras sebutan sukar mengikut konsep ansur maju. Susunan
konsonan mengambil kira dari aspek kefasihan sebutan makhraj dan sifat huruf. Nilai kefasihan sebutan
pula mengambil kira aspek fonetik lidah Melayu yang mengamalkan budaya dwibahasa dalam pertuturan.
Kajian melibatkan 400 orang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan dalam daerah Klang yang mengikuti
kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) dengan menggunakan satu set ujian sebutan konsonan Arab
berasaskan kaedah al-Khalil iaitu kaedah menyebut huruf dengan membariskan fathah (baris atas) huruf
pertama dan mematikan huruf kedua seperti /َََأَب/ Set ujian ini juga mendahulukan konsonan yang berada
di dua bibir daripada konsonan yang berada pada kedudukan rongga rengkung kerana menyebut huruf
yang berada pada kedudukan makhraj yang boleh dilihat dan disentuh adalah lebih mudah disebut dan
diikut berbanding konsonan yang berada pada makhraj yang tersembunyi seperti anak tekak. Dapatan
kajian menunjukkan 17 konsonan Arab berada pada tahap fasih dan 11 konsonan berada pada tahap
sederhana fasih. Bagaimanapun kajian ini mendapati tiada konsonan yang berada di tahap tidak fasih.
Oleh itu, susunan konsonan Arab secara ansur maju ini disarankan dapat diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani, Mohd Aderi Che
Noh. (2006). Kajian amalan pengajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah. Prosiding Seminar
IRPA RMK-8, Kategori ERK 2006, Jilid 11. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman Rukaini. (2002). Tajwid: Meningkatkan mutu qira’ah (Siri Teras ‘Ulum Islamiah). Semenyih
Selangor: Synergymate Sdn. Bhd.

Al-Makhzumi, Mahdi. (1986). Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi, a’maluhu wa manhajuhu. Beirut- Lubnan: Dar
al-Raid al ‘Arabi.

Fahd Khalil Zayyad. (2008). Al-huruf ma’aniha, makharijaha, wa aswatuha fi lughatina Al-‘Arabiyyah. Terbitan
Pertama. Jordan: Dar Yafa Al-Ilmiyyah dan Dar Al-Janadariyyah.

Harun Baharuddin. (2009). Penguasaan sebutan konsonan Arab dari segi makhraj dalam kalangan pelajar
prasekolah. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia-Bangi.

Ismail Tekan. (1993). Ilmu tajwid. Johor Baharu: Badan Books Store Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (1993). Panduan dan latihan Bahasa Malaysia UKELP / Untuk calon ujian kelayakan
pendidikan guru. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman, Siri Enggang Fajar Bakti.

Kamarul Shukri, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi & Zamri Mahamod. (2009). Strategi metafizik:
kesinambungan penerokaan domain utama pembelajaran bahasa. GEMA Online ™ Journal of Language
Studies. Volume 9(2), 1-13.

Nik Mohd Rahimi, Harun Baharudin, Ghazali Yusri, Kamarul Shukri Mat Teh dan Mohamed Amin Embi. (2010).
Pembelajaran konsonan arab mengikut pelat bahasa Melayu. GEMA Online™ Journal of Language Studies.
Volume 10(3).

Robert V. Krejcie & Daryle w. Morgan. (1970). Determining sample size for research activities. Journal Educational
and Psychological Measurement. 1970, 30, 607-610.

Sekaran, Uma. (1992). Research methods for business: A skill building approach. Second Edition. New York: John
Willey & Sons, Inc.

Sulaiman Ngah Razali. (1997). Pedagogi teori dan praktikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Surur Shihabuddin bin Hassan. (2010). Ilmu tajwid menurut riwayat Hafs ‘An ‘Asim melalui Toriq Asy-Syatibiyyah.
Cetakan Keempat. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Downloads

Published

2015-10-05

How to Cite

Mohd Zakaria, Z., & Mohd Rahimi, N. (2015). Konsonan Arab Berdasarkan Konsep Ansur Maju dalam Pembelajaran Sebutan Peringkat Awal Pembelajaran: Arabic Consonants Based on the Concept of Learning Progression in the Early Stages of Learning Pronunciation. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 1(1), 14–23. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/EJOSS/article/view/80