Akhlak guru dalam pelaksanaan pentaksiran alternatif digital Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan
DOI:
https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.1.2.2025Keywords:
Akhlak Guru, Guru Pendidikan Islam, Pentaksiran Alternatif Digital, Al-GhazaliAbstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap akhlak guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan berdasarkan teori akhlak Islam al-Ghazali iaitu al-hikmah, al-’iffah dan al-‘adlu dalam pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Digital sebagai salah satu bentuk pentaksiran alternatif Pendidikan Islam. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan keratan rentas (cross sectional) yang menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengumpul dan menganalisis data. Seramai 500 orang guru sekolah kebangsaan di Malaysia merupakan sampel kajian ini yang ditentukan berdasarkan teknik pensampelan kelompok pelbagai peringkat (multistage cluster sampling). Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata yang telah disahkan oleh pakar dalam pelbagai bidang pendidikan yang berpengalaman dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Hasil kajian menunjukkan tahap akhlak guru Pendidikan Islam secara keseluruhan terhadap pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Digital adalah tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tahap akhlak al-‘adlu mempunyai nilai min yang paling tinggi. Diikuti dengan akhlak al-’iffah dan al-hikmah yang menunjukkan tahap tinggi pada nilai min. Sumbangan kajian telah menghasilkan ‘Qudwah Hasanah Akhlak Guru’ dalam pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Digital yang diharapkan menjadi ikutan dan panduan kepada semua guru di Malaysia khususnya dan di dunia Islam umumnya selain memberi maklumat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani isu yang melibatkan pentaksiran digital di sekolah kebangsaan.
Downloads
References
Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajury. (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’allim. Journal of Islamic Education 2(1) 43-36.
Ab. Halim Tamuri, Muhamad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Komponen Asas untuk Latihan Guru Pendidikan Islam. Global Journal Al-Thaqafah 2(2) 53-63.
Abdul Munir Ismail. (2018). Tuntuan Akhlak Mulia dalam Kehidupan. UPSI: Tanjung Malim.
Ali, R. & Veloo, A. (2017). Teachers’ Autonomy and Accountability in Assessing Students’ Physical Education in School-Based Assessment. In Teacher Empowerment Toward Professional Development and Practices (pp. 71-83). Springer, Singapore.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhamed Muhamas Imam, (2003). Ihya’ Ulum ad-din, Jilid 2 dan 4. Kaherah: Maktabah as Safa.
Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin (2008). Modal Insan: Konsep, Aplikasi dan Isu-Isu Kontemporari dalam Cabaran Pemerkasaan Tamadun Insan. Kuantan: Universiti Malaysia Pahang.
Aniza Ahmad. (2015). Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran Guru Bahasa Melayu Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Berdasarkan Jantina, Opsyen dan Tempat Mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 5(1): 18-29
Aslina Ahmad, Mohd Muzaffar Shah & Nazariah Ab Samad (2012). Dalam Muhammad Aziz Shah, Aslina Ahmad & Hazalizah Hamzah (Eds). Pengenalan Pembangunan Sahsiah. Perak: Emeritus Publications.
Ashma Said, Darayani Johari, Noor Marina Yunus & Nurhidayah Mat Husin. (2022). Tahap Pemahaman dan Integriti Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
Baker, W. M., Lusk, E. J., & Neuhauser, K. L. (2012). On The Use of Cell Phones and Other Electronic Devices in The Classroom: Evidence From A Survey Of Faculty And Students. Journal of Education for Business, 87(5), 275–289.
Hasmadi Hassan & Artika Rasul Sulaiman. (2019). Tahap kesediaan GPI dalam pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sekolah rendah. Seminar Pengajian Islam Peringkat Antarabangsa 2019.
Haziyah, Nur Farhana, Najah Nadiah, Adawiyah & Zamzuri. (2021). Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam mendepani Cabaran Pandemik COVID-19. Islamiyyat 43(1), 3 – 14.
Jacob, R. & Parkinson, J. (2015). The potential for school-based interventions that target executive funtion to improve academic achievement: A review. Review of Educational Research 85(4): 512-552.
Joshi, A., Vinay, M., & Bhaskar, P. (2020). Impact of Coronavirus Pandemic on The Indian Education Sector: Perspectives of Teachers on Online Teaching and Assessments. Interactive Technology and Smart Education, 18(2), 205–226.
Kalai Selvan Arumugham. (2015). Pemahaman Guru Tentang Pentaksiran Formatif: Kajian Kes dalam kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah. Kertas Kerja Seminar Darulaman. Anjuran IPG Kampus Darulaman, Kedah. Oktober 2015.
Kalai Selvan Arumugham. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal 3(1) 152-161.
Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian Kes. (Tesis PhD), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Keddie, A. (2018). Adult Education: An Ideology of Individualism. In Adult Education for a Change (pp. 45-64). Routledge.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Sukatan pelajaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Pengajian Islam (Pengkhususan). Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023). Dasar Pendidikan Digital. Kuala Lumpur: Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria, Suhaila Muner (2021). Tahap kesediaan guru sekolah rendah di Daerah Klang, Selangor dalam pelaksanaan Pentaskiran Bilik Darjah dari Aspek Pengetahuan. International Journal of Modern Education (IJMOE). 3(9) 1-8.
Mohamed Nazul Ismail. (2020). Cabaran Kepimpinan dalam Pengurusan Pembelajaran Digital. Jurnal Refleksi Kepemimpinan. 2(3).
Mohd Amirul Bashah & Hafizhah Zulkifli. (2022). Isu dan Cabaran Guru Pendidikan Islam dalam Penerapan Pendidikan Digital. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE) 2(1), 43-55.
Mohd Asri Abdullah et. al. (2010). Prinsip-prinsip Asas Islam Syariah, Ibadat dan Akhlak. Cetakan ketujuh. Shah Alam: University Publication Centre.
Mohd Huzaimi Abdul Manap, Zolkepli Haron & Norasmah Othman. (2020). Penilaian Pelaksanaan Program Pentaksiran Alternatif sekolah rendah (PASR) di sekolah rendah Pendidikan Khas Integrasi. Jurnal Pendidikan Malaysia 45(1) Isu Khas: 9-16
Muhammad Izzat Mailis. (2021). Pandangan dan Cabaran Guru terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) dalam Tempoh Pandemik Covid-19. Jurnal Ilmi. 11(2)14-25
Nik Safiah Nik Abdullah, Selamah Maamor, Abdullah Abd Ghani, Norazlina Abd Wahab, Mohd Shahril Ahmad Razimi, Ahmad Bashir Aziz & Nor Hanim Elias (2015) Kepentingan Elemen Kerohanian dalam Perlaksanaan Aktiviti di MRSM Ulul Albab: Kajian Kes Di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan. Journal Of Global Business and Social Entrepreneurship (Gbse). 1(2) 77–88.
Noorzeliana Idris, Norazilawati Abdullah & Saniah Sembak. (2014). Isu dan cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan Guru. Kertas kerja International Conference on Teachers Education (ICOTE). Brunei, 24-25 November
Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh, Nik Azmah Nik Yusuff & Rosnidar Mansoroleh (2013). Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (frog vle) dalam kalangan Guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3(2), 63-76
Oriji, A., & Amadi, R. (2016). E-education: Changing the Mindsets of Resistant and Saboteur Teachers. Journal of Education and Practice 7(16), 122–126.
Retnawati, H., Hadi, S., & Nugraha, A. C. (2016). Vocational High School Teachers' Difficulties in Implementing the Assessment in Curriculum 2013 in Yogyakarta Province of Indonesia. International Journal of Instruction, 9(1), 33-48
Rohana Misran, Mohd Aderi Che Noh & Maimun Aqsha Lubis. (2019). Pendekatan Gamifikasi Pembelajaran dalam Penilaian Pendidikan Islam: Pengenalan Kepada ‘Plickers’. The 12th International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education, Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Sh. Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap dan Masalah Guru dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 9 (1) 56-67.
Siti Mariam Zazam. (2018). Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Sains Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Salwa Md. Sawari & Azlina Mustaffa (2014). Guru Bersahsiah Mulia Menurut Pandangan Ibnu Sohnun: Analisa Buku Adab Al-Mualim. The Online Journal of Islamic Education. 2(2).
Sofiah Mohammed, Kamarul Azmi Jasmi & Muhammad Azhar Zailaini. (2016). Akhlak guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Akademika 86(2), 31-4.
Suhaida Mohd Sukis, Norhisham Muhamad, Abd Hadi Borham. (2022). Pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Digital dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) Di Sekolah Kebangsaan. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 7 (47), 578-600.
Sylviano Abu Bakar & Hasmadi Hassan (2019). Tahap kepengetahuan Guru-Guru Pendidikan Islam terhadap Penggunaan Teknologi Mudah Alih dalam Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC) 1 (6).
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. 1993. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Suhaida Mohd Sukis, Norhisham Muhamad
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.