Dakwaan unsur Misogoni dalam Hadith oleh Fatima Mernissi: Analisis berdasarkan buku ‘The Veil and The Male Elite’
DOI:
https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol2.1.8.2024Keywords:
Misogoni, Fatima Mernissi, Sahih al-Bukhari Fiqh al-Hadith, ‘Adalah sahabatAbstract
Pengutusan Nabi SAW antaranya bertujuan untuk menghapuskan budaya mendiskriminasikan golongan wanita dalam masyarakat Arab jahiliah seterusnya mengangkat kedudukan mereka. Namun menurut Fatima Mernissi, hadith-hadith Nabi SAW merendahkan kedudukan wanita kerana mendakwa terdapat unsur misogoni dalam banyak riwayat hadith khususnya berkenaan penyebutan hadith tentang wanita, keldai dan anjing seterusnya menolak hadith tersebut kerana telah dimanipulasikan oleh perawi-perawi di peringkat sahabat. Dakwaan ini secara tidak langsung menuduh Nabi SAW merendahkan golongan wanita dan menolak konsep ‘adalah sahabat Nabi SAW. Oleh itu, kajian ini akan merungkaikan dakwaan tersebut berdasarkan riwayat dalam Sahih al-Bukhari khusus berkaitan penyebutan wanita, keldai dan anjing dan menjelaskan fiqh al-hadith keseluruhannya menurut muhaddithīn serta menghuraikan konsep ‘adalah sahabat menurut Ahli Sunnah wal Jamaah dan kedudukannya di sisi Islam. Kajian ini menggunakan metode pengumpulan data berdasarkan kaedah dokumentasi iaitu menggunakan kaedah perpustakaan dan mengaplikasikan metode analisis kandungan untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan. Hasil analisis menunjukkan, terdapat lima riwayat yang mana satu daripadanya adalah riwayat Abu Juhayfah R.A dan empat riwayat Aishah R.HA. Penyebutan wanita, anjing dan keldai dalam riwayat berkaitan bukan merujuk kepada perkara yang membatalkan solat namun perkara-perkara yang mengurangkan konsentrasi solat. Penyebutan wanita merujuk kepada wanita ajnabi dan pengecualian bagi isteri tidak membatalkan solat si suami adapun anjing merujuk kepada syaitan. Nabi SAW tidak sesekali menyamakan wanita dengan binatang sebagaimana dakwaan Fatima Mernissi namun kerana tafsiran literal menyebabkan tafsiran tersesat. Saranan kajian ini agar hadith-hadith Nabi SAW ditafsirkan secara kontekstual dan tidak difahami secara literal manakala buku-buku tulisan tokoh feminisme perlu diteliti dengan cermat khusus melibatkan dakwaan terhadap riwayat-riwayat hadith berkaitan wanita.
Downloads
References
‘Ayad Hasan al-Shaikh, Nasr Ibn ‘Ali. 1430H. ‘Aqidah Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Madinah al-Munawwarah: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah.
al-‘Ayni, Mahmud ibn Ahmad. t.t. ‘Umdah al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari.Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma‘il. 1999. Sahih al-Bukhari dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif, ed. Salih ibn ‘Abd al-‘Aziz Al al-Shaikh. Riyadh: Dar al-Salam.
al-Fahdawi, Muhammad Mahmud Latif. (t.t.) ‘Adalah al-Sahabah ‘inda al-Muslimin. Beirut: Maktabah al-Rushd.
al-Qannawji, Hasan ‘Ali al-Husayni. 1984. ‘Awn al-Bari li halli Adillah al-Bukhari. Syria: Dar al-Rushd.
al-Shaybani, Ahmad Ibn Muḥammad. 1983. Fada’il al-Sahabah, ed. Wassallah Ibn Muhammad ‘Abbas. Jeddah: Dar al-‘Ilm.
Baterah Alias, Che Zarrina Sa’ari. 2007. Islam Dan Emansipasi Wanita. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Branca, P. 1979. Women in Europe since 1750. Routledge Library Editions: Women’s History. London: Croom Helm.
Fahrudin dan Ansari. (2019). Penolakan Hadis Misogonis (Telaah Pemikiran Mernissi Dalam Hermeneutika Hadis). Jurnal Studi Islam vol. 11 (2), 1-22.
Fatima Mernissi. 1987. The Veil and the Male Elite a Feminist Interpretation of Women’s Rights in Islam. Britain: Perseus Books Group.
Ibn al-Salah, ’Uthman Ibn ’Abd al-Rahman. (1979). ’Ulum al-Hadith. Ed. Nur al-Din ‘Itr. Damsyiq: Dar al-Fikr. 16-18.
Ibn Hajar al-‘Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali. 1379H. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari. ed. Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.
John. C.H. 2001. Encyclopedia of Postcolonial Studies. United States of America: Greenwood Press.
Elviandri Elviandri, Asrizal Saiin, Farkhani Farkhani. 2019. Pembacaan Kaum Feminis terhadap hadith-hadith misogini dalam Sahih al-Bukhari. Ijtihad: Jurnal Wacana Hukum Islam dan Kemanusiaan. 19 (2) 243-257.
Margot Badran. 2009. Feminism in Islam. Oxford: Secular and Religious Convergences.
Merlianita Mahdalena Effendi. (2019). Kritik Fatimah Mernissi Terhadap Abu Hurayrah. Disertasi Sarjana Fakultas Ushuluddin dan Filsafat, Universiti Islam Negeri Sunan Ampel.
Mohd Akil, Mazlan Ibrahim dan Dwi Sukmanila Sayska. 2011. Hadith ‘Anti Wanita’ Berkenaan Dengan Kehidupan Rumah Tangga: Kajian Kritik Terhadap Feminis Liberal. Jurnal Al-Bayan 9 (1), 135-166.
Mohd Anuar Ramli. 2012. Analisis Gender Dalam Hukum Islam. Jurnal Fiqh. 9 (1)137-162.
Muhammad Adam Abd Azid, Najah Nadiah Amran, Latifah Abdul Majid. 2021. Kaedah-kaedah Berinteraksi dengan Hadith-Hadith Mushkil Berkaitan Wanita, International Conference and Muktamar on Prophetic Sunnah (ICMAS 2021), 189-201.
Muslim Ibn al-Hajjaj. 1999. Sahih Muslim dalam Mawsu‘ah al-Hadithal-Sharif. Riyadh: Dar al-Salam.
Nur Saadah Hamisan @ Khair. 2019. Tradisi Misogini dan Anti-Wanita dalam Hadis: Isu dan Analisis. Dlm. Persidangan Muslimah Antarabangsa Kelantan, Kelantan, Malaysia, 77-95.
Said Abdullah Seib Al-Hatimy. 1994. Citra Sebuah Identitas Wanita Dalam Perjalanan Sejarah. Surabaya: Risalah Gusti.
Samira Mahboub. 2016. Fatima Mernissi: Moroccan scholar and pioneer of Islamic feminism. Soziopolis: Gesellschaft beobachten.
Sayid Muhammad Husain Fadhullah. 2000. Dunia Wanita Dalam Islam. Jakarta: Lentera.
Zuraidah Kamarudin, Saidatolakma Yunus, Rahimah Embong dan Huda Afiqah Hashim, The History of Sisters ini Islam. 2018. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences. 8 (11) 552-558.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Rusni Mohamad
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.