TY - JOUR AU - Mohd Nor, Mariyati AU - Na, Tan Lee AU - Md. Salleh, Norhana PY - 2019/12/26 Y2 - 2024/03/28 TI - Kepekaan dan kefahaman pelajar terhadap aplikasi gender gramatikal dalam pembinaan ayat bahasa Sepanyol: Students' understanding and sensitivity towards grammatical gender applications in the construction of Spanish sentences JF - Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan JA - PERS VL - 11 IS - 2 SE - Articles DO - UR - https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/2654 SP - 15-25 AB - <p style="text-align: justify;">Makalah ini meneliti kefahaman dan kepekaan pelajar terhadap aplikasi gender gramatikal dalam pembinaan ayat bahasa Sepanyol. Seramai 30 pelajar bahasa Sepanyol Tahap 1 dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Sebanyak 20 ayat diberikan kepada pelajar untuk dianalisis sama ada mempunyai kesilapan gender gramatikal atau tidak dan ayat ini perlu diperbetulkan oleh pelajar. Kajian ini memilih pelajar tahap novis kerana bersesuaian dengan objektif kajian untuk menjelaskan kefahaman dan kepekaan pelajar terhadap atribusi gender gramatikal dalam ayat. Atribusi gender gramatikal yang menjadi fokus ialah kata nama, kata adjektif dan artikel yang terdapat dalam ayat. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman yang minimum dalam kalangan pelajar terhadap penggunaan gender gramatikal dalam pembinaan ayat. Pelajar mengalami kesukaran untuk menentukan gender kata nama terutama kata nama bagi objek tidak hidup dan tidak dapat menghubungkaitkannya dengan artikel dan kata adjektif yang bersesuaian. Dapatan juga menunjukkan kesilapan berlaku adalah disebabkan oleh kekeliruan dan ketidakpekaan sampel terhadap peri pentingnya unsur gender dan aplikasinya dalam sistem bahasa Sepanyol. Pengaruh bahasa ibunda (B1) dan bahasa kedua (B2) sampel juga mempengaruhi pemahaman pelajar dalam mengaplikasi gender gramatikal dalam ayat dan seterusnya menimbulkan kesukaran untuk menghasilkan ayat yang gramatis dan tepat.</p> ER -