IMPLIKASI DASAR KOLONIAL BRITISH TERHADAP PEMBENTUKAN KOMUNITI KAMPUNG BARU DAERAH ULU SELANGOR 1948-1957

The Implication of British Colonial Act by Developing Community in New Village at Ulu Selangor 1948-1957

  • MOHAMMAD BUKHARI BADROL HISHAM MOHAMMAD BUKHARI BADROL HISHAM
Keywords: Implikasi, dasar, kolonial British, kampung baru Cina, Ulu Selangor

Abstract

Dasar kolonial British dalam pembentukan pembentukan kampung baru Cina telah memberikan implikasi kepada komuniti Cina di daerah Ulu Selangor. Pelaksanaan rancangan penempatan kampung baru Cina telah menimbulkan isu dan cabaran terhadap komuniti kampung baru Cina di daerah Ulu Selangor pada tahun 1948-1957. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen dan manuskrip telah digunakan dengan memperoleh sumper primer iaitu dokumen dan manuskrip yang terdapat di Arkib Negara Malaysia seperti file, Colonial Office Ulu Selangor, Annual Report, dan keratan akbar. Kajian turut disokong oleh sumber kedua yang diperoleh dari perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Awam yang terdapat di Malaysia. Kajian lapangan juga telah dilakukan dengan menemubual individu serta tokoh-tokoh penting dalam kampung baru. Hasil kajian ini mendapati penempatan semula komuniti kampung baru Cina di daerah Ulu Selangor telah menghadapi pelbagai masalah dalam mengharungi kehidupan mereka. Kesimpulannya, pembentukan kampung baru Cina ini telah berjaya menyelesaikan masalah koloborasi antara komuniti kampung baru Cina dengan pihak komunis di daerah Ulu Selangor. Implikasi daripada kajian menunjukkan dasar kolonial British dalam pembentukan komuniti kampung baru Cina telah membawa perubahan yang besar kepada kehidupan penduduk di kawasan penempatan semula di daerah Ulu Selangor.

Kata kunci : Implikasi dasar kolonial British, kampung baru Cina

The act of British colonial goverment in developing Chinese new village, have given impact to Chinese community in Ulu Selangor district. The plan for the Chinese community have generate an issues and challenge to the community at Ulu Selangor in 1948 until 1957. Qualitative approaches with anylysis design document and manuscript have been use, by getting primer source with is document and manuscript from Malaysia national archives, such as file, annual report from colonial office of Ulu Selangor and the article from newspaper. The research also supported from secondary resourse from local library in Malaysia. Field research have been done with making interview with individual and local figure from new village. The result from the research, find out that the Chinese in new village at Ulu Selangor, have been facing up with various problem in their life. For conclusion, a new sattlement for Chinese in Ulu Selangor have overcome problem of collaboration between the villagers with Malayan communist arm force at Ulu Selangor. The impact from the research show that the British coloniel  plan to develop new village community for Chinese in Ulu Selangor, making big changies for Chinese community in new village at Ulu Selangor.

Keyword : Impact of British colonial act, New Chinese Village

 

 

 

 

Published
2019-06-28
How to Cite
BADROL HISHAM, M. (2019). IMPLIKASI DASAR KOLONIAL BRITISH TERHADAP PEMBENTUKAN KOMUNITI KAMPUNG BARU DAERAH ULU SELANGOR 1948-1957. Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 11(1), 10-22. Retrieved from http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/314