https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/issue/feed PENDETA 2024-01-04T00:00:00+00:00 Profesor Madya Dr. Anida Sarudin anida@fbk.upsi.edu.my Open Journal Systems
The PENDETA [ISSN 1823-6812/ eISSN 2600-8696] began to publish its first issue in 2011. PENDETA is published twice a year (April & October start 2024) which dedicated to publishing original research and theory based articles as well as exploratory papers on Malay language, Malay studies, literature, linguistics, culture, Malay education and pedagogy. It is published by UPSI Press for the Faculty of Languages and Communication, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/6001 Penerapan Teras Hati Budi Melayu dalam Pengajaran Bahasa Melayu melalui Lakuan Pertuturan Guru 2022-08-17T08:31:32+00:00 Muhammad Zuhair Zainal zuhair@usm.my Hasmidar Hassan hasmidar.hassan@ubd.edu.bn Aznan Che Ahmad aznan@usm.my
Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, Teras Hati Budi Melayu (THBM) sangat relevan dijadikan nilai murni. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menjelaskan bentuk lakuan pertuturan guru dalam usaha menerapkan THBM dalam pengajaran bahasa; khususnya THBM dalam kelompok nilai. Kajian fenomenologi hermeneutik ini menggunakan pendekatan pragmatik berdasarkan Lakuan Pertuturan Searle (1969). Data kajian ialah 10 ujaran terpilih yang diambil daripada transkripsi rakaman video pengajaran Bahasa Melayu milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa penerapan THBM dalam PdP Bahasa Melayu boleh berlaku melalui lakuan pertuturan guru.
2024-01-04T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2024 Muhammad Zuhair Zainal, Hasmidar Hassan, Aznan Che Ahmad https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/8383 Kesantunan Bahasa dalam Novel KOMSAS Silir Daksina 2023-08-19T13:17:58+00:00 Nor Hani Suhaimi 2022440926@student.uitm.edu.my Mohamad Nik Mat Pelet nikmat@uitm.edu.my
Kesantunan bahasa adalah penggunaan bahasa baik dan beradab serta menunjukkan penghormatan yang dapat menggambarkan peribadi mulia seseorang penutur. Novel-novel sastera kini dijadikan sebagai novel KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi murid sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti maksim kesantunan dalam dialog penceritaan novel Silir Daksina dan menganalisis berdasarkan Prinsip Kesantunan oleh Leech (1983). Pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis teks digunakan untuk menganalisis data dalam kajian yang dijalankan. Novel Silir Daksina oleh Nizar Parman (2010), digunakan sebagai data kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa semua enam maksim yang diperkenalkan oleh Leech (1983) digunakan dalam ujaran dialog novel Silir Daksina. Implikasi daripada kajian ini mampu memberi pendedahan kepada pembaca dan masyarakat berkenaan kepentingan penggunaan bahasa yang santun dalam sesebuah karya penulisan. Penggunaan bahasa dalam sesebuah karya penulisan yang diguna pakai untuk pembelajaran mencerminkan pembentukan generasi itu sendiri. Justeru, unsur kesantunan boleh memberi impak positif terhadap penggunaan bahasa murid sekolah menengah sekiranya ia diterapkan secara langsung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran.
2024-02-14T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2024 Nor Hani Suhaimi, Mohamad Nik Mat Pelet https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/8525 Pemupukan Nilai Budaya Bugis dalam kalangan Guru Bugis Membentuk Nilai Murni dalam Kalangan Pelajar: Satu Kajian Rintis 2023-11-22T09:02:06+00:00 Asmiaty Amat asmiaty@ums.edu.my Norsuhaila Sulaiman norsuhaila@ums.my Abdul Hair Bedu Asis khairasis@ums.edu.my Norhuda Salleh norhudasalleh@ums.edu.my
Guru merupakan agen sosialisasi yang berperanan penting untuk membentuk keperibadian murid selain ibu bapa. Latar belakang dan budaya yang melingkari kehidupan guru menjadi asas kepada guru untuk mendidik murid melalui keperibadian mereka semasa berada di sekolah khususnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Keperibadian mereka ini penting dalam memupuk karakter yang baik pada anak murid. Kajian ini dilakukan terhadap 186 orang guru etnik Bugis di beberapa buah sekolah di sekitar daerah Tawau dan Sandakan. Guru-guru Bugis dipilih kerana dalam budaya Bugis terdapat amalan budaya yang dikenali sebagai asas nilai yang diaplikasikan termasuklah Assitinajang (kepatutan), Reso (usaha), Siri’ Na Pacce/Pesse, Sipurepo’ (berat sama dipikul), Assimellereng (nilai kasih sayang) dan Sipakatau (nilai hormat menghormati). Guru-guru yang dipilih melibatkan guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan yang dipilih secara rawak dengan menggunakan aplikasi goggle form. Analisis menunjukkan bahawa guru Bugis bersetuju bahawa penerapan budaya Bugis kepada pelajar amat penting dan mereka telah menerapkan budaya dalam menghubungkan nilai murni Bugis dari aspek verbal dan nonverbal. Ia memainkan peranan dalam mengintegrasikan murid tidak terhad semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja tetapi turut meliputi aktiviti di luar bilik darjah. Selain itu, didapati budaya Bugis memiliki signifikan dengan nilai murni yang dilihat sesuai untuk diterapkan kepada murid dari sudut perlakuan.
2024-02-14T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2024 Asmiaty Amat, Norsuhaila Sulaiman, Abdul Hair Bedu Asis, Norhuda Salleh