Tahap Kesediaan dan Kekangan yang Dihadapi Pelajar Sekolah Menengah dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Secara dalam Talian Menggunakan Aplikasi Google Meet

The Level of Readiness and Contraints Faced by Secondary School Students in Malay Language Online Learning Using Google Meet Application

Authors

  • Ugartini Magesvaran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, MALAYSIA
  • Zamri Mahamod Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.2.2022

Keywords:

Kesediaan, kekangan, pelajar sekolah menengah, aplikasi Google Meets, pengajaran dan pembelajaran dalam talian

Abstract

Aplikasi Google Meet (GM) merupakan salah satu pelantar digital yang banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar ketika belajar Bahasa Melayu secara dalam talian menggunakan GM. Kajian tinjauan ini dijalankan terhadap 181 orang pelajar sekolah daripada dua buah sekolah menengah di daerah Kulim, Kedah. Responden kajian dipilih secara rawak bertujuan bagi menjawab objektif kajian. Soal selidik berkaitan dengan tahap kesediaan dan tahap kekangan yang dihadapi oleh pelajar digunakan sebagai alat pengumpulan data. Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari nilai min dan sisihan piawai.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pelajar menggunakan GM semasa belajar Bahasa Melayu secara dalam talian berada pada tahap sederhana saja. Pelajar belum bersedia sepenuhnya untuk belajar Bahasa Melayu secara dalam talian menggunakan aplikasi GM. Namun demikian, pelajar kurang menghadapi menghadapi kekangan untuk menggunakan aplikasi GM semasa belajar Bahasa Melayu secara dalam talian. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar hanyalah masalah capaian Internet yang mengganggu pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan GM. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa peranti digital seperti GM amat berkesan dalam mendorong minat pelajar belajar secara dalam talian.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Andrew, A., Cattan, S., Dias, M.C., Farquharson, C., Kraftman, L., Krutikova, S., Phimister, A. & Sevilla, A. (2020). Learning during the lockdown: Real-time data on children’s experiences during home learning. Diakses dari: https://ifs.org.uk/uploads/BN288-Learning-during-the-lockdown-1.pdf [23 Ogos 2021]

Anuar Ahmad. 2020. PKP: e-Pembelajaran tidak segerak sesuai di luar bandar, pedalaman. Diakses dari: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677952/pkp-e-pembelajaran-tidak-segerak-sesuai-di-luar-bandar-pedalaman/ [05 Jun 2021].

Bani Hidayat Mohd Shafie. (2020). Pelaksanaan PdP dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 dan 2 COVID-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 2 (2), 213-221.

Briliannur Dwi, Aisyah Amelia, Uswatun Hasanah, Abdy Mahesha Putra & Hidayatur Rahman. (2020). Analisis keefektifan pembelajaran online di masa pandemik COVID-19. Mahaguru: Jurnal Pendidikan Guru Sekolah Dasar, 28-37

Arias, J.J., Swinton, J. & Anderson, K. (2018). Online vs. face-to-face: A comparison of student outcomes with random assignment. E-Journal of Business Education and Scholarship of Teaching, 12 (2), 1-23.

Chua Yan Piaw. (2014). Asas Statistik Penyelidikan: Analisis Data Skala Likert. Edisi Ke-3. Selangor: McGraw Hill Education.

Irma Mahad, Ugartini Magesvaran & Intan Nur Syuhada Hamzah. (2021). Sikap dan motivasi murid sekolah rendah terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11 (1), 16-28.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah.

Ling Song Kai. (2017). Keberkesanan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah rendah Daerah Sibu. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 18, 134-146.

Losius Goliong, Ahsly Kasin, Marcelus Johnny & Nazarius G. Yulip. (2020). Cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Prosiding Seminar Regional Symposium on Distance Education in Asia, hlm 1-15. Pejabat Pendidikan Daerah Ranau. Sabah.

Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof & Hapini Awang. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik COVID-19. Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, hlm. 404-410. Anjuran IPG Kampus Darul Aman.

Muhammad Izzat Mailis, Zuraini Hanim & Nur Hafizaliyana. (2020). Persepsi pelajar Kolej Universiti Islam Melaka terhadap pelaksanaan pembelajaran secara atas talian dalam era pandemik COVID-19. Jurnal Kesidang, 5, 88-99.

Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi Pengajaran dan Pembelajaran Secara Maya dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik COVID-19. Shah Alam: SIG:e-Learning@CS.

Nor Fauziana Mohd Salleh. (2020). Pandemik Coronavirus (COVID-19): Pembelajaran dan pengajaran secara atas talian satu keperluan di Malaysia. Diakses dari: https://www.researchgate.net/publication/342886967_pandemik_coronavirus_covid_19_pembelajaran_dan_pengajaran_secara_atas_talian_suatu_keperluan_di_malaysia [23 Ogos 2021]

Pallant, J. (2010). SPSS Survival Manual: A Step by Step Guide to Data Analysis Using SPSS for Windows (Version 10). London: Buckingham Open University Press.

Rohaida Mazalan, Norziah Amin, Mohd Zaki Abd. Rahman & Zamri Mahamod. (2020). Tahap penguasaan membaca dan menulis murid B40 daripada perspektif guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2), 54-73.

Shazarina Zdainal Abidin, Suziana Hanini Sulaiman, Suhana Mohamed Lip, Norshilawani Shahisdan, Natasha Ariffin, Mohamas Fuad Ishal & Sapie Sabilan. (2020). Tekanan emosi pensyarah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atas talian di era pandemik COVID-19. Prosiding Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan (ISPEN), hlm. 289-296. Anjuran Kolej Universiti Islam Selangor pada 10 November 2020.

Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat. 2020. Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Shah Alam: SIG:e-Learning@CS.

Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning semasa tempoh pandemik COVID-19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11 (Edisi Khas COVID-19), 46-57

Sekaran, U. & Bougie, R. (2016). Research Methods of Business: A Skill Building Approach. 6th Edition. New York: John Wiley and Sons.

Wikipedia. (2020). Google Meet. Diakses dari: https://en.wikipedia.org/wiki/Google_Meet [23 Ogos 2021]

Zakaria Saad, Baskaran Subramaniam, Malar Muthiah, Abdul Malek Yaaku, Chin Soo Fong & Othayakumaran Kandasamy. (2020). Kesediaan penggunaan Google Meet sebagai platform pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd, hlm. 84-102. Seminar anjuran IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Penang pada 17-18 November 2020.

Zamri Mahamod. (2021). Memperkasa pedagogi guru dalam norma baharu pendidikan. Kertas kerja Ucap Utama dalam Kolokium Kajian Tindakan dan Pembelajaran Berasaskan Projek @ KOSERI 2021. Kolokium Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Selangau dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak secara dalam talian pada 19-20 Ogos 2021.

Zamri Mahamod, Muhammad Helmi Norman & Kamariah Abu Bakar. (2020). Revolusi Industri 4.0: Impaknya kepada pendidikan abad ke-21. Dlm. Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (pnyt.). Sistem Pendidikan di Malaysia: Sejarah dan Cabaran Abad Ke-21, hlm. 413-448. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Downloads

Published

2022-02-22

How to Cite

Magesvaran, U., & Mahamod, Z. (2022). Tahap Kesediaan dan Kekangan yang Dihadapi Pelajar Sekolah Menengah dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Secara dalam Talian Menggunakan Aplikasi Google Meet: The Level of Readiness and Contraints Faced by Secondary School Students in Malay Language Online Learning Using Google Meet Application. PENDETA, 13(1), 10–21. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.2.2022

Issue

Section

Articles