Pembangunan Kit Video Pembelajaran Bahasa Melayu Penutur Asing Berteraskan Budaya

Developing Malay Language Learning Video Kit for Foreign Speakers based on Culture

Authors

  • Junaini Kasdan Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Yusmaniza Mohd Yusoff Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Hasnah Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.11.2018

Keywords:

bahasa Melayu, penutur asing, kit video, budaya, pengajaran dan pembelajaran, Malay language, foreign speaker, video kit, culture, teaching and learning

Abstract

Kebanjiran tenaga kerja asing, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan penetapan sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan menjelang tahun 2020, merupakan peluang untuk mengembangkan bahasa Melayu kepada penutur asing. Namun, dalam keghairahan menyambut warga asing ini, perancangan dan tindakan yang tepat perlu diberikan perhatian. Mereka bukan sahaja perlu mempelajari bahasa Melayu, tetapi juga budaya Melayu yang pastinya berbeza dengan budaya kaum-kaum lain di Malaysia. Melalui kajian keperluan pelanggan yang dilakukan secara dalam talian, kajian ini mendapati bahawa lebih daripada 75.0% responden dari 17 buah negara memberikan maklum balas bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu, namun semua responden menyatakan ingin mempelajari budaya Melayu. Sejumlah 85.% responden pula memberikan maklum balas bahawa mereka sukar untuk mendapatkan bahan pembelajaran dalam talian, khususnya dalam bentuk video yang boleh dirujuk. Susulan daripada itu, kajian ini bertujuan membangunkan kit video pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing dengan mengambil kira keperluan pengajaran bahasa dan budaya Melayu dalam satu pakej yang sama. Sebanyak 11 tema utama dipilih untuk membangunkan kit video ini dan telah diperkenalkan kepada pelajar asing yang mengikuti kursus bahasa Melayu di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM dan di Foreign Language Centre, FCU Taiwan. Tahap awal kajian ini mendapati bahawa pelajar asing memberikan maklum balas yang positif terhadap kit video yang dibangunkan.

 

The flooding of foreign workforce as reported by the Malaysian Immigration Department and the aim of Ministry of Education Malaysia to make Malaysia an educational hub by the year 2020 are opportunities to spread and develop Malay language among foreign speakers. However, in the excitement of welcoming these foreign citizens, a plan towards Malay culture, especially for foreign speakers need to be given serious attention by all related parties. They do not only need to learn the Malay language, but they also need to learn the Malay culture, which obviously would be different compared to other cultures in Malaysia. Through an online customer needs survey, it was found that more than 75.0% of respondents from 17 countries were not interested in learning Malay language, however all respondents stated that they are interested in learning about the Malay culture. A total of 85.0% respondents stated that it was challenging to gain access to online learning materials, especially in the form of videos. Due to the findings of the customer needs survey, this research intends to develop a Malay language teaching and learning video kit for foreign speakers, by considering the needs of teaching Malay language and culture in the same package. A total of 11 main themes were chosen in order to develop this video kit and it was introduced to the foreign students attending the Malay language course at The Institute of the Malay World and Civilization, UKM and Foreign Language Centre, FCU Taiwan. The initial stage of this research found that the foreign students responded positively to the video kit.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-12-26

How to Cite

Kasdan, J., Mohd Yusoff, Y., Jalaluddin, N. H., & Mohamad, H. (2018). Pembangunan Kit Video Pembelajaran Bahasa Melayu Penutur Asing Berteraskan Budaya: Developing Malay Language Learning Video Kit for Foreign Speakers based on Culture. PENDETA, 9, 144–157. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.11.2018