Pertembungan Bahasa Di Selatan Thailand: Faktor Dan Implikasi

Language Contact in Southern Thailand: Factors and Implications

  • Rohaidah Haron Jabatan Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
  • Ab. Razak Ab. Karim Jabatan Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
  • Indirawati Zahid Jabatan Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Keywords: pertembungan bahasa, bahasa Melayu, bahasa Thai, dialek Melayu Pattani, language contact, Malay language, Thai language, Malay-Pattani dialect

Abstract

Pertembungan bahasa menyebabkan salah satu bahasa yang dominan akan terus hidup dan sebaliknya bagi bahasa yang tidak dominan. Sering kali situasi ini berlaku apabila sesuatu kawasan itu didiami oleh lebih daripada satu kelompok penutur bahasa. Kajian kes yang dilakukan pada kawasan selatan Thailand, iaitu wilayah Yala mendapati penutur bahasa wilayah ini menuturkan tiga bahasa yang berbeza, iaitu bahasa Melayu (BM), bahasa Thai (BT) dan dialek Melayu Pattani (DP). Kajian yang dilakukan ini mempunyai dua objektif, iaitu membincangkan faktor-faktor kepada pertembungan bahasa dan mengenal pasti implikasi pertembungan bahasa yang berlaku. Kajian dilakukan dengan mengaplikasi kaedah kualitatif dengan beberapa metod, antaranya kajian lapangan, rakaman, temu bual dan transkripsi. Dapatan kajian memperlihatkan pertembungan bahasa berlaku berpunca daripada aspek pendidikan, persekitaran, dasar kerajaan, perkahwinan dan pekerjaan. Lanjutan itu, implikasi kepada pertembungan bahasa ialah alih kod, campur kod dan dialek.

 

Language contact causes one of the dominant languages to survive and vice versa for non-dominant languages. This situation often occurs when a region is inhabited by more than one group of speakers. The case studies were conducted in southern Thailand, in the Yala region, found that the region's speakers speak three different languages, namely Malay language (BM), Thai language (BT) and Malay-Pattani dialect (DP). This study has two objectives, which are to discuss the causes of language contact and to identify the implications of language contact. The study has been conducted by adopting several methods in a qualitative approach - field research, recording, interviews and transcriptions. The findings show that language contact emerged from education, environment, government policy, marriage and employment. Furthermore, the implications of this language contact are code switching, code mixing and dialect.

Published
2018-12-18
How to Cite
Haron, R., Ab. Karim, A. R., & Zahid, I. (2018). Pertembungan Bahasa Di Selatan Thailand: Faktor Dan Implikasi. Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan Dan Sastera Melayu, 9, 117 - 129. Retrieved from http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1259