Apresiasi karya siri Dungun melalui elemen simetri dalam konteks etnomatematik

Appreciation of the Siri Dungun paintings through elements of symmetry in ethnomathematic contexts

Authors

  • Rushana Sulaiman Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Halim Husain Pusat Pengajian Pasca Siswazah, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Kuala Lumpur, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol7.1.2019

Keywords:

Simetri, Apresiasi Seni, Catan, Siri Dungun, Pola Frieze, Etnomatematik

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan meneliti secara ilmiah makna yang dirujuk kepada apresiasi seni ke atas karya-karya catan Siri Dungun dalam pemikiran matematik. Keindahan reka bentuk corak dalam karya catan kaya dengan nilai dan konsep matematik melalui prinsip simetri. Pemfokusan dilakukan terhadap faktor yang menyokong perhubungan antara konteks formalistik bagi menghuraikan konsep simetri yang wujud dalam pendekatan etnomatematik. Kajian ini melibatkan analisis pengkaryaan melalui pendekatan kualitatif dengan pelaksanaan inter-disiplin secara deskriptif. Penelitian ciri simetri dijalankan bagi mengklasifikasikan reka bentuk corak karya catan menerusi proses transformasi yang merangkumi empat asas pengulangan iaitu translasi, putaran, pantulan dan pantulan gelangsar. Proses ini membentuk satu struktur yang dikenali sebagai kumpulan simetri frieze. Pola frieze merupakan corak permukaan dua dimensi yang berulang pada satu arah. Pengumpulan data secara bertulis dan visual melalui kaedah dokumentasi, visual rakaman, dan pemerhatian bagi mendapatkan maklumat.Dapatan kajian mendapati kefahaman terhadap pemetaan kerangka konsep yang diambil daripada apresiasi seni dan konsep simetri adalah mendasari reka bentuk corak dalam karya catan yang dikaji. Justeru itu, hubung kait antara seni dan matematik tidak dapat disangkal kerana melalui keindahan hasil kerja kesenian juga mempunyai keindahannya dari aspek matematik. Implikasi daripada penyelidikan ini bertujuan melihat seni catan bukan sahaja daripada sudut apresiasi seni, malahan boleh diperluaskan kepada pelbagai perspektif falsafah ilmu lain, khususnya dalam aspek matematik.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Rasid Ismail. (2014). Kesenian dan fabrik melayu: Alam sebagai motif kraf tangan fabric melayu tradisi.

Shah Alam: Penerbit Universiti Teknologi Mara.

Abdul Razak Salleh. (2009). Matematik dalam budaya melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Adnan Jusoh,Yunus Sauman & Zuliskandar Ramli. (2011). Gendang gangsa di Asia Tenggara: Tinjauan terhadap motif berunsur geometri. SARI: Jurnal alam dan tamadun melayu, 29 (2). pp. 21-44. ISSN 0127-2721.

Alicia, S. & Jessica, M. (2006). Friezes Pattern. Minnesota State University Moorhead.P.3-5.

Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris. (1996). Ukiran melayu.Petaling Jaya: Penerbit Pinang.

Joseph Gallian. (1998). Contemporary abstract algebra.Boston: Houghton Mifflin,467.

Mat Rofa Ismail,Rohani Tarmizi,Fauzi Ayub,Norbaizura Yusof & Sharifah Kartini. (2012). Seni warisan melayu: suatu manifestasi etnomatematik. Rampaian etnomatematik. Universiti Putra Malaysia: Institut Penyelidikan Matematik.

Mat Rofa Ismail. (2004). Etnomatematik. Matematik merentas tamadun. Falsafah pengajian sejarah matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Sabrizaa Abd Rashid. (2009). Cadangan kaedah kod ’s’ bagi penamaan dan penentuan motif bunga ukiran melayu dalam proses inventori. Kertas kerja ini telah dibentangkan di persidangan antarabangsa kesenian 2009 - Seni Dekorasi : Pelestarian & Pembangunan, Anjuran Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.P.1-13.

Mat Rofa Ismail & Kamel Ariffin Atan. (2010). Mathematics in the malay world prior to the arrival of western mathematics. International conference on mathematics education research (ICMER). P.729–734.

Nor Maizan Abdul Aziz, Rokiah Embong. (2016). Mathematical transformations and songket patterns. European Science publishing Ltd.

Poh Kim Muay & Helmer Asklasen. (2002). Symmetry group in art and architecture frieze pattern on ming porcelain. NUROP Congress paper symmetry group in art and architecture. Singapore.P.1-4.

Ruzaika Omar Basaree. (2016). Simbiosis: Keharmonian seni tradisional dan seni digital kontemporari.

Balai Seni Visual Negara. Kuala Lumpur

Ruzaika Omar Basaree. (2008). The frieze pattern in malay wood carving. Jurnal perintis pendidikan.

Shah Alam: Universiti Teknologi, 43-47.

Sheppard, M. (1980). Mekarnya seni pertukangan malaysia. Eastern Universiti Press Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. Patterns. European Science publishing Ltd.

Tarmizi Anuwar. (2013). Falsafah etnomatematik. Makalah dibentangkan di seminar ethnosains Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) Ke-2. Pusat Dialog Peradaban. Petaling Jaya: Universiti Malaya. P.1-4.

Downloads

Published

2019-09-13

How to Cite

Sulaiman, R., & Husain, H. (2019). Apresiasi karya siri Dungun melalui elemen simetri dalam konteks etnomatematik: Appreciation of the Siri Dungun paintings through elements of symmetry in ethnomathematic contexts. KUPAS SENI, 7, 1–11. https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol7.1.2019