http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/issue/feed Jurnal Peradaban Melayu 2020-01-24T08:17:18+00:00 Samsudin Suhaili samsudin@fsk.upsi.edu.my Open Journal Systems
Jurnal Peradaban Melayu (ISSN 1675-4271) published since 2003 by Institute Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris. This journal covers writing and research by the scholars that stressed on Malay civilization especially in Malay language, culture, nation and civilization. This journal also focuses on matters that related to traditional arts, Malay literature, traditional games, Malay figures and philosophy, beliefs and practices. This journal reviewed based on the double-blind review and published online annually in December by UPSI Press for Institut Peradaban Melayu since 2015.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3190 Dialektologi Melayu 2020-01-24T04:05:10+00:00 Mohd Rashid Md Idris info@ipm.upsi.edu.my Seri Lanang Jaya Rohani info@ipm.upsi.edu.my Siti Khariah Mohd Zubir info@ipm.upsi.edu.my Mohd Rain Shaari info@ipm.upsi.edu.my Abdullah Yusof info@ipm.upsi.edu.my
Makalah ini adalah hasil penyelidikan tentang masyarakat Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini. Mereka terdiri daripada pelbagai keturunan seperti Melayu, Banjar, Jawa, Minang, Patani, Bugis, Mandalin, Rao, Suluk, Bajau, dan sebagainya. Setiap keturunan Melayu ini memiliki sub-bahasa atau varian yang tersendiri. Sub-bahasa atau kepelbagaian bahasa ini disebut dalam bidang linguistik sebagai dialek (dialect). Kewujudan pelbagai dialek di Malaysia merupakan sesuatu yang amat unik dan perlu dipelihara sebagai suatu khazanah yang berharga.
2012-11-29T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3193 Forms and Function Of Malay Prepositions 2020-01-24T04:18:44+00:00 Seri Lanang Jaya Rohani info@ipm.upsi.edu.my
This paper aims at discussing the description of Malay prepositions in digital materials selected at random. Specifically, the aims of this study are to: define the concept of preposition accurately, identify the form and function of prepositions, determine the total and the list of prepositions, and identify the meaning of each preposition in a structure.
2012-11-29T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3191 Falsafah, Alam Dan Budaya Dalam Bahasa Kiasan Suku Kaum Semai 2020-01-24T07:14:52+00:00 Abu Hassan Abdul info@ipm.upsi.edu.my Mohd. Rasdi Saamah info@ipm.upsi.edu.my
Salah satu sistem Iambang yang digunakan oteh masyarakat penutur untuk menyampaikan buah fikiran mereka ialah melalui bahasa kiasan. Bahasa kiasan adalah bahasa yang maknanya tidak seratus peratus dibawa oleh makna perkataan-perkataan yang mendirikannya, yakni jika perkataan-perkataan itu ditakrifkan satu persatu mengikut makna kamusnya. Dengan itu dalam bahasa kiasan, sesuatu perkataan, frasa atau ayat mempunyai maksud yang berlainan daripada makna harfiah perkataan-perkataan yang mendirikannya (Asmah Haji Omar, 2005). Bahasa kiasan terdapat dalam semua bahasa di dunia termasuk bahasa etnikyang kebanyakannya menggunakan unsur alam dan budaya sebagai teras analoginya. Unsur alam dikaitkan sebagai satu disiplin ilmu tentang nilai moral dan prinsip etika mengenai hubungan manusia dan alam sekitar.
2012-11-30T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3194 Malay Pre-Service Teachers' Conceptions of ELT Materials for Language Classrooms 2020-01-24T07:20:46+00:00 Intan Safinas Mohd Ariff Albakri info@ipm.upsi.edu.my Noriah Ismail info@ipm.upsi.edu.my Ainon Omar info@ipm.upsi.edu.my Raja Nor Safinas Raja Harun info@ipm.upsi.edu.my Dahlia Janan info@ipm.upsi.edu.my
Research in the area ofteacher cognition has shown a steady growth in the past ten years. In recent years though, these studies do not aim to identify the characteristics of effective teachers but seek to gain insights and understanding of the teaching process, teachers' assumptions about teaching and learning, their beliefs and attitudes in teaching, their role as decision-makers and their pedagogical content knowledge (Halkes and Olsen, 1 990; Woods, 1 996; Gatbonton, 2000; Mullock, 2006). Studies in the respective area have also shown that teachers' beliefs, assumptions and decision-making differ according to the subject matter they taught, curricular factors, pre-service teacher education, teachers' subculture and experience (Yaakobi and Sharan, 1985; Hashweh, 1996; Woods, 1996; Almarza, 1 996; Golombek, 1 998; Borg, 2003).
2012-12-04T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3195 Menyelusuri Akar Melayu dengan Teori Keunggulan Teksdealisme 2020-01-24T07:26:06+00:00 Ab Rahman Napiah info@ipm.upsi.edu.my
Ada suatu kecederungan di dunia pascamoden yang mula merangkak ke dunia hipermoden terkini, setiap bangsa itu ingin kembali ke asal akar peribadinya sendiri. Dunia yang serba cepat, tangkas dan rangkas mara ke hadapan membina tamadun baru, namun sebelah kakinya tetap terdorong ke belakang, kerana di situlah janin bangsanya mula membentuk dirinya. Teori-teori sastera mutakhir seperti teori new historisisme, teori budaya pascakolonialisme, teori etnik, teori perjalanan dan teori autobiografik banyak menggali dan menyelongkar semula tradisi dan sejarah sesuatu bangsa itu untuk melihat akar dan genetiknya. Initah suatu fenomena zaman pascamoden yang ditata o(eh globalisme yang merindui masa silam, kerana mutiara dan permata sesuatu bangsa itu terdiam dalam sejarahnya. Dalam tulisan ini, sebagai menyahut kecenderungan teoriteori tersebut, saya cuba menggali kehadiran dan kewujudan bangsa Melayu dalam pembinaan keunggulannya dengan menggunakan teori teksdealisme.
2012-12-06T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3196 Penghayatan Drama di Sekolah 2020-01-24T07:29:47+00:00 Mohd Rosli Saludin info@ipm.upsi.edu.my
Drama adalah kisah yang didramatisasi dan ditulis untuk dipertunjukkan di atas pentas oleh sejumlah pemain. Dalam hubungannya dengan istilah lakon, drama diertikan sebagai ragam kesusasteraan yang tersaji dalam bentuk teks atau naskhah, menggunakan bentuk cakapan (baik ekacakap atau multicakap), bertujuan menggambarkan kehidupan manusia melalui perwatakan tokoh, menggunakan pertikaiant emosi dan ekspresi lewat lakuan dan gerak. Biasanya sebuah lakon dirancang untukdipentaskan, baik dipanggung, radio, televisyen ataupun filem. Istilah lain drama adatah lakon, sandiwara atau tonil.
2012-12-05T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3197 Pengkisahan Semula Cerita dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional 2020-01-24T07:36:29+00:00 Abdul Halim Ali info@ipm.upsi.edu.my
Peristiwa silam bagi sesuatu bangsa merupakan dokumen sejarah yang sangat penting. Dalam kerangka membina tamadun dan kehidupan hari muka, sejarah dirujuk dan dianalisis untuk melihat signifikasinya dalam hubungan memandu dan membentuk pola-pola tindakan tentang bagaimana dan mengapa ia perlu melakukan sesuatu yang lain pada masa terkini atau akan datang. Oleh itu, sesuatu peristiwa sejarah itü seringkali diajar, disebarluas diingati, dicatat atau didokumentasikan supaya diketahui oleh seseorang atau sesuatu bangsa.
2012-12-12T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3198 Tulisan Jawi: Pemikiran Penyair dalam Puisi Melayu Moden dari Perspektif Teori SPB4K 2020-01-24T07:44:12+00:00 Ani Omar info@ipm.upsi.edu.my
Mengikut sejarah, penggunaan tulisan Jawi ada kaitannya dengan kedatangan agama Islam ke alam Melayu. Hashim Haji Musa (1999:1) menyatakan tulisan atau skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama İslam. Siti Hawa Haji Salleh (1997:10) menyatakan pembukaan Melaka pada awal abad ke-15 menyediakan era baharu bagi perkembangan kesusasteraan Melayu. Islam yang telah pun tiba lebih avval dan bertapak di Pasai menjadikan agama tersebut lebih pesat perkembangannya. Kedatangan Islam ke daerah ini membawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu dan yang lebih pentingnya agama Islam telah membawa bersama-samanya pembaharuan daripada segi penulisan. Dengan bertambahnya kepentingan Melaka sebagai pusat pemerintahan kerajaan Melayu, penyebaran agama Islam juga ikut menjadi bertambah pesat. Pengembang-pengembang agama Islam berjaya menyebarkan agama baharu itü pada peringkat awalnya secara lisan dan praktjss Tetapi apabila agama itü sampai pada tahap perkembangan yang lebih tinggi dan canggih, ternyata ia memerlukan bahan-bahan bacaan dan rujukan kerana tidak semuanya dapat disampaikan melalui lisan semata-mata. Beşar kemungkinan tulisan Jawi terus diajar kepada penganut-penganut baharu agama Islam kerana perlakuan ibadat seperti sembahyang dan berdoa memerlukan pembacaan dan penghafalan ayat-ayat suci al-Quran. Untuk mempelajari surah-surah, walau yang pendek sekalipun, seseorang perlu mengetahui dan menguasai tulisan Jawi. Apa yang lebih penting, ia perlu mengetahui tulisan Jawi untuk membaca al-Quran.
2012-12-13T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3199 Unsur Tipainduk dan Mitos dalam Teks Pilihan 2020-01-24T07:50:01+00:00 Norazimah Zakaria info@ipm.upsi.edu.my
Tipainduk dan mitos merupakan unsur sastera yang amat dominan dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Kedua-unsur unsur ini penting bagi pengarang kesusasteraan Melayu tradisional dalam penghasilan karya. Kehebatan, keanehan, kesaktian dan keajaiban menjadi inti utama bagi pengarang sebagai strategi memancing perhatian khalayak terhadap karyanya. Sebagai senjatanya, pengarang menggunakan unsur mitos untuk menggambarkan kehebatan watak-watak yang terlibat dalam karyanya. Masyarakat pada ketika ini menganggap sesuatu yang ajaibt ghaib, aneh sebagai sesuatu yang suci dan kudus. Oleh itu pengarang memaksimumkan kepercayaan masyarakat terhadap unsur ini untuk mendapatkan perhatian khayalak akan kewujudan karyanya. Bagi mendapatkan keberkesanan penyampaian mitos ini, pengarang menjadikan tipainduk yang hebat sebagai model untuk mengarang. Tipainduk yang diambil adalah tipainduk yang hebat dalam sesebuah tradisi, Tujuan pengarang menggunakan tipainduk adalah untuk mengangkat martabat dan mengagungkan bangsanya.
2012-12-13T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3200 Watak dan Peranan Wanita dalam Sulalatus Salatin 2020-01-24T07:54:18+00:00 Siti Khariah Mohd Zubir info@ipm.upsi.edu.my Kamarulzaman Ibrahim info@ipm.upsi.edu.my
Teks Sulalatus Salatin merupakan hasil daripada karya pendokumentasian A. Samad Ahmad yang banyak mengumpul bahan daripada catatan-catatan lama dan dianalisis serta dikaji lalu dijadikan sebagai satu teks yang lengkap. Menurut sejarah, buku ini sebenarnya hasil susunan Tun Muhammad bin Tun Ahmad atau nama timang-timangnya iaitu Tun Seri Lanang. Menurut Yusof Iskandar dan Abdul Rahman Keah (1 978:1 37), Tun Seri Lanang telah menyusun semula Sulalatus Salatin pada tahun 1612M. Hal ini bermakna peristiwa sejarah mengenai jurai keturunan raja-raja Melaka melengkapi masa hampir 101 tahun selepas Portugis menduduki Melaka, iaitu pada tahun 1 511. Teks asal Sulalatus Salatin dipercayai berasal daripada sebuah hikayat Melayu yang datang dari Goa, India. Naskhah asal tersebut mungkin sebahagian sahaja dan telah ditokok tambah serta ditulis semula oleh seorang pengarang melayu Melaka yang hidup sezaman dengan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).
2012-12-19T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3202 Model R.Lina: Komunikasi Dua Hala Terancang dalam Tradisi Lisan 2020-01-24T08:00:48+00:00 Roslina Abu Bakar info@ipm.upsi.edu.my
Cerita rakyat yang disampaikan oleh penglipur lara merupakan produksi masyarakat Melayu lama. Cerita rakyat Melayu dan penyampaiannya oleh penglipur lara atau tukang cerita mempunyai keunikan yang perlu dilestarikan dengan pengisian ilmu bantu yang lebih bersifat sistematik dan saintifik. Perkembangan disiplin ilmu yang selari dengan pemodenan dunia wajar dimanfaatkan ke arah memartabatkan genre kesusasteraan khususnya sastera tradisional agar setanding dengan disiplin ilmu yang lebih bersifat terkini. la wajar dilaksanakan agar genre sastera rakyat bersifat holistik, sofistikated dan dihargai oleh generasi kini. Sehubungan itu, keunikan penyampaian cerita rakyat Melayu oleh penglipur lara atau tukang cerita berupaya dirungkai menerusi binaan model R.Lina: Kornunikasi Dua Hala Terancang (RL:KDHT). la akan memaparkan proses tukar menukar data, fakta serta idea di samping membawa pelbagai fungsi kornunikasi dan sastera rakyat itu sendiri. Model R.Lina: Komunikasi Dua HalaTerancang (R.L.:KDHT) berupaya menjelaskan pendekatan komunikasi dan penggunaanya dalam tradisi lisan. Oleh sebab kepentingan proses komunikasi, interaksi dan keunikan pelbagai kecerdasan yang dimiliki oleh penglipurlara dan khalayak ketika penyampaian cerita rakyat Melayu, maka panduan ketiga-tiganya telah menciptakan bentuk kajian komunikasj transaksional yang penulis namakan Model R. Lina: Komunikasi Dua Hala Terancang.
2012-12-19T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3203 A Brief Survey of Malaysian Art 2020-01-24T08:05:54+00:00 Zakaria Ali info@ipm.upsi.edu.my
Jutting into the the Malay Peninsular divides it in two, the Malacca Straits to the west, and the South China Sea to the east. Since Ptolemaic times, traders have found it convenient to stop at any number of estuaries along the coast to restf exchange goods, refurbish fresh water, anywhere from the Merbok River in the north, the Malacca River in the centre and at the Singapore River in the South, From May to October, the Southwest monsoon winds blows in the southwesterly directions, bringing ships from India and the Middle East; from November to April, the winds blows in the northeasterly directions, bringing ships from China. Over time, Chinese, Indian, Arab, and later European cultures left their marks on these riverside kingdoms, whose art we shall survey, in what follows.
2012-12-19T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3204 Seni Khat Ukir: Satu Pengenalan 2020-01-24T08:11:30+00:00 Makmur Harun info@ipm.upsi.edu.my Mohd Fauzi Ariffin info@ipm.upsi.edu.my
Seni khat ukir atau lebih sinonim dengan sebutan seni khat ukiran kayu merupakan salah satu warisan khazanah seni kraf Melayu yang masih dimiliki umat İslam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menjadikan seni khat sebagai tulisan alQur'an dan al-Sunnah yang teradaptasi dengan bentuk-bentuk seni lainnya termasuk seni ukiran kayu yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan niiai kerohanian dalam İslam, Menurut Heba Barakat, penyebaran Islam ke seluruh pelosok dunia oleh pedagang Arab menyebabkan tulisan khat turut berkembang melalui dakwah, penaklukan mahupun perdagangan (Tulisan Arab dan Kaligrafi İslam, 2009:16). Penyatuan budaya Arab ini dengan budaya lainnya menjadikan tulisan khat ini mengalami çorak perubahan dalam bentuk, warna mahupun tulisannya, akan tetapi bentuk asasnya masih berlandaskan kepada ayat-ayat al-Qur'an.
2012-12-24T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3205 Change in Values and World-View: Malaysian Malays in Perspective 2020-01-24T08:17:18+00:00 Nor Hashimah Isa info@ipm.upsi.edu.my
The Malays or indigenous people are by definition those who practise the Malay value culture and adhere to the value system. Malays are Muslims as their religion is Islam. Their values are very much influenced by their religious teachings and beliefs. Malays conform to Islam as it is a way of life to them. The perspectives of Malaysian Malay culture and value orientation in the fifties and sixties are used to illustrate behaviour and norms of the Malays as discussed in this paper. This is important as it helps moderate western theories appropriately using the context where the analysis is undertaken - Malaysia. Thus, experts' observations about the Malayan (Malaysian) Malay's values and beliefs with regard to culture and thought are used as basis of racial and cultural value system analysis. In short, the value system prevalent in the fifties and sixties are used with special consideration to the fact that values of the communities may have changed over time. With respect to the Malay values, no data-driven studies carried out by Malays on Malays have been found. There are studies on ethnicity and community but none that defined the Malay character and behaviour pattern explicitly.
2012-12-27T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement##