Punca Penghijrahan Orang Bugis ke Tawau, Sabah

Authors

  • Suraya Sintang Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Keywords:

punca penghijrahan orang bugis, tawau, perang makasar, kahar muzakkar, orang tidong

Abstract

Orang Bugis terkenal sebagai suku bangsa pelaut yang telah mengembangkan suatu kebudayaan maritim sejak beberapa abad lamanya di Indonesia. Perahu-perahu mereka dari jenis Phinisi dan Lambo telah mengharungi perairan Nusantara bahkan sehingga ke Sri Lanka, Filipina dan Australİa Utara untuk berdagang. Kebudayaan marİtİm darİ kalangan orang Bugİs İni tidak hanya mengembangkan perahu layar serta kepandaian berlayar yang cukup tinggi, tetapi juga turut meninggalkan suatu hükum niaga dan pelayaran l . Warisan hükum pelayamn tertulis disebut adek allopilopping bicara pabbulaku yang dituIİs dalam huruf lontara ' Bugis oleh Ammana Gappa pada abad ke- 17 (Halilintar Lathief, 2003:18).

Orang Bugis bersifat terbuka dan sanggup meninggalkan tanahair mereka sekiranya berasa tertekan. Pergolakan yang berlaku sejak abad ke-16 di mana terjadinya serangkaian peperangan antara kerajaan-kerajaan di Sulawesİ Selatan yang berterusan dengan peperangan menentang penjajah Belanda pada abad ke- 19 menycbabkan ramai dari kalangan orang Bugis merantau keluar dari Sulawesi Selatan. Situasi ini dapat dilihat di kalangan orang Bugis Pagatan di Pantai Barat dan Selatan Kalimantan, di daerah-daerah Pantai Timur dan Utara Sumatera dan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Pemilihan negeri-negeri Melayu sebagai destinasi akhir orang Bugis bukan sahaja disebabkan oleh kekacauan yang berlaku di tanahaİr mereka, sebaliknya kecenderungan berlayar dan meneroka dunia baru adalah arıtara faktor mengapa orang Bugis berserakan di merata pelusuk Alam Melayu (Mohd Akbal Abdullah & Abdullah Sulaiman, 2005: 3).

Kertas kerja İni akan menelİtİ fenomena penghijrahan orang Bugİs di salah sebuah negeri di Malaysia iaitu di daerah Tawau, Sabah. Proses penghijrahan orang Bugis ke daerah tersebut memperlihatkan punca yang hampir serupa dengan penghijrahan orang Bugis di beberapa kawasan lain sebelumnya. Namun begitu, punca utama pemilihan Tawau sebagai lokasi penghijrahan orang Bugis pada zaman pasca-merdeka Indonesia adalah disumbangkan Oleh faktor ekonomi di mana Tawau merupakan pusat kegiatan ekonomi orang Jepun di samping pergolakan politik yang memberi tekanan dan desakan kepada mereka demi kelangsungan hidup yang lebih baik. Sememangnya kedatangan orang Bugis sedikit sebanyak membawa perubahan yang bersifat positif dan negatifterhadap budaya tempatan yang dikunjungi. Maka tidak hairan sekiranya Tawau mengalami proses globalisasi hasil daripada kehadiran orang Bugis yang mewarnai kepelbagaian budaya etnik di Sabah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Andaya, Leonard, 2004. Warisan Arung Palakka Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-17. (terjemahan) Nurhady Sirimorok Makasar: Penerbit ININNAWA.

Andaya, Leonard, 1995. The Bugİs-Makassar Diasporas. Journal ofthe Malaysian Branch ofthe Royal Asiatic Society (MBRAS). Volume LXVIII. Part I.

Andİ Zainal Abidin, 1999. Capİta Selecta Sejarah Sulawesi Selatan. Ujung Pandang: Hasanuddin University Press.
Frederick Lo, t.t„ Early History of Tawau. Risalah Arkib Negeri Sabah.

Gene Ammarell, 2002. Bugis Migration and Modes of Adaptation to Local Situations. Ethnologv. VOL 41, Issue I, 51-67,

Goodlet, K. J-, 1977. The Origin and Early Development of The Tawau Community. 18801942. Tesis Sarjana Universiti Sydney, Australia (Tidak Diterbitkan).

Halilintar Lathief, 2003. Bissu: imam yang Menghibur. (Dim). Nurhayati Rahman (et al.). La Galigo Menelusuri Jejak Warisan Sastra Dunia. Makassar: Universitas Hasanuddin.

Laporan Penduduk Negeri Sabah, 2000. Bancİ Penduduk dan Perumahan Malaysia. Jabatan Perangkaan. Kuala Lumpur.

Mohd. Akbal Abdullah danAbduIIah Sulaiman, 2005. Kertas kerja "Pemelayuan: Pengalaman Etnik Bugis di Johor Berdasarkan Naskhah-Naskhah Sejarah Tradisional Melayu di Johor", Seminar Za 'ba Mengenai Alam Melayu II.
Anjuran Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan İdris dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. 22-24 Februarİ.

Nordİn Bula, 1998. Penglibatan Politik Suku Kaunı Bugis: Salu Kaftan di N. 46, Memtai Tavvau. Kertas Projek Penyelidikan. Universiti Sains Malaysia. (Tidak Diterbitkan).

Norwahida Yamaluddin, 1997. "Tawau asalnya tempat menangkap ikan”. Harian Mercu 17 Ogos.

Pelras, Christian, 1996. The Bugis. Oxford: Blackwell Publishers.

Risalah Perpustakaan Wilayah Tawau t.t. 7

Sabihah Osman, 2000. Tawau: Pusat Kegİatan Ekonomi Orang Jepun. (Dim), Abdul Halim Ali, İshak Sharİ,
Habibah Ahmad, Er Ah Choy (ed.). Sabah dalam Perluasan Pasaran. Bangi: Penerbit UKNI.

Syamsul Rijal Yahaya, 2005. Kertas kerja "Persepsi Terhadap Orang Bugis-Makasar”. Seminar Za 'ba MengenaiAlam Melayu II. Anjuran Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan İdris dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. 22-24 Februari.

Temu bual bersama Encik Andi Linge' Abdulah, 25 November 2003, di Jalan Habib Abdul Rahman, Batu 2, Jalan Apaş, Tawau, Sabah.

Temu bual bersama En. Osman Jamal, 13 Mei 2003, di Kota Kinabalu, Sabah.

Downloads

Published

2005-11-30

How to Cite

Sintang, S. (2005). Punca Penghijrahan Orang Bugis ke Tawau, Sabah. Jurnal Peradaban Melayu, 3, 83–100. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3383