Pendidikan Sastera Melayu memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar

Malay Literature Education in Strengthening the Construction of Student Characteristics

Authors

  • Fathin Noor Ain Ramli Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Azhar Wahid Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol13.1.2018

Keywords:

Pendidikan, Karakter, Ilmu sastera, Sopan santun, Etika

Abstract

Pengajaran Sastera Melayu di sekolah adalah untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu sastera selain memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam pendidikan, seterusnya membina kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat. Penulisan kertas kerja ini memperlihatkan dapatan tentang keupayaan Pendidikan Sastera Melayu khususnya teks komsas sekolah menengah dalam usaha untuk memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar. Penelitian tekstualiti ini berasaskan kepada kajian kualitatif dengan menggunakan Teori Sosiologi Sastera yang menganalisis sesebuah karya sastera sebagai suatu reaksi peristiwa yang terjadi dalam masyarakat. Dapatan penelitian ini membuktikan tanggapan pelajar bahawa pembacaan terhadap bacaan sastera yang mereka pelajari dalam Pendidikan Sastera Melayu terutamanya Komsas dapat mempengaruhi pembinaan karakter yang berteraskan sopan santun dan beretika. Sopan santun pelajar boleh dilihat dari kesantunan berbahasa yang merujuk kepada nilai sopan, melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi pekerti mulia. Manakala etika seseorang pelajar boleh difokuskan tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar, terhadap ibu bapa sebagai seoarang remaja dalam sosial masyarakat dan juga etika terhadap guru dan pihak sekolah. Etika dijadikan sebagai landasan dalam kehidupan seorang pelajar yang mengarahkan secara total akan kebaikan dan menjadikan mereka sebagai insan sempurna. Implikasi kajian ini adalah penting untuk mengetahui sejauh mana pengaruh bahan bacaan sastera terhadap pembinaan karakter seseorang pelajar dan memberi gambaran akan kepentingan menghasilkan karya sastera yang bermutu dalam mendidik pelajar dengan mengutamakan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Malay literature which is taught in school is to equip students with literary knowledge in order to foster a sense of pride in Malay language and literature education besides careers towards the enhancement of literary tastes among the community. The writing of this paper will presents the findings on the ability of Malay Literature Education, especially Komsas of secondary school in order to strengthen the character building of students. This textuality study is based on a qualitative study using the Sociology Theory of Literature which analyzes a literary work as a reaction to incidents occurring in society. The findings of this study show that students agreed by reading the literary materials that they have learned in Malay Literature Education especially Komsas, can influence the development of character which is based on politeness and ethics. Students' politeness can be seen from language politeness which refers to the values of politeness, involves good speech, subtle and beautiful and attitudes that emit noble character. While the ethics of a student can be focused on their responsibilities as a student, to parents as a teenager in social societies as well as ethics towards teachers and the school. Ethics are used as a foundation in the life of a student which totally leads to goodness and makes them as a perfect person.The implication of this study is important to know the extent of literary influence on the construction of a student's character and to illustrate the importance of producing quality literary works in educating students by prioritizing values in society.

Keywords: Education, Character, Literature Knowledge, Politeness and Ethics.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Auguste Comte. (1978). Sosiologi sastera dalam koleksi teori sastera klasik, tradisional, moden, pasca moden dan tempatan. Selangor. Pustaka Karya.

Chew Fong Peng. (2006). Pembentukan Negara Bangsa Melalui Pendidikan Sastera. Jurnal Pendidikan Malaysia. April 2016.

Effendi et al. (1998). Bimbingan apresiasi puisi. Jakarta: Pustaka Jaya.

Green, M.C., Brock, T.C., & Kautsman, G.F. (2004). Understanding media enjoyment: The role of transportation into persuasive worlds. Communication Theory, 14(4), 311-327.

Jumaadi Saunri. (2007). Persepsi pelajar aliran sains terhadap kesesuaian penggunaan komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah luar bandar. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Jumali Hj Selamat. (2001). Cerminan sosial bahan Ssstera dan nilai murni dalam novel-novel remaja. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Lazar, G. (2002). Literature and language: Teaching, answer guide teachers and trainer. Cambridge: Cambridge University Press.

Lickona, T. (2013). Eduating for character: Mendidik untuk membentuk karakter. Jakarta: Bumi Aksara.

Oemarjati, Beon s. (1992). Sastra mencerdaskan siswa: Memperkaya pengalaman dan pengetahuan. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan.

Pritchard, I. (1988). Character education: Research prospect and problem. American Journal of Education, 94(4):19-88.

Rusyiana, Yus. (1984). Metode pengajaran sastra. Yogjakarta: Kanisius. Shahnon Ahmad. (1991). Sastera sebagai seismograf kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumitro dkk. (2006). Pengantar ilmu pendidikan. Yogyakarta: Penerbit Universitas Negeri Surakarta.

Suyanto. (2010). Urgensi pendidikan karakter. Jakarta: Ditjen Mandikdasmen Kemdiknas Republik Indonesia.

Zaitul Akma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan dan Mohd Nur Hafizudin Md Adama. (2014). Kesantunan bahasa dalam kalangan remaja sekolah menengah. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Zubaedi. (2011). Desain pendidikan karakter. Jakarta: Kencana.

Downloads

Published

2018-12-09

How to Cite

Ramli, F. N. A., & Wahid, A. (2018). Pendidikan Sastera Melayu memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar: Malay Literature Education in Strengthening the Construction of Student Characteristics. Jurnal Peradaban Melayu, 13, 1–14. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol13.1.2018

Most read articles by the same author(s)