STRES DAN SIMPTOM ONYCHOPHAGIA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH ORANG ASLI

STRESS AND ONYCHOPHAGIA SYMPTOMS AMONGST ORANG ASLI PRE- SCHOOL CHILDREN

  • Nor Aimi Hj. Harun Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
  • Fauziah Md. Jaafar Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
Keywords: Stres, prasekolah, orang asli, Stress, preschool, indigenous

Abstract

Golongan kanak-kanak dan remaja turut berhadapan dengan pengaruh stres dan ianya merupakan ancaman yang serius dalam kalangan murid sekolah. Kajian kes kualitatif ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kewujudan dan simptom stres dalam kalangan murid prasekolah Orang Asli. Sampel kajian melibatkan seorang kanak-kanak prasekolah orang asli. Instrumen pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah protokol temu bual, senarai semak, pemerhatian dan dokumen. Data transkrip dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo 0.8. Dapatan menunjukkan subjek kajian mengalami stres di tahap skor75 mata berdasarkan Instrumen Pengukuran Stres: Child and Adolescent Survey of Experiences (CASE). Simptom stres yang ditunjukkan oleh subjek kajian adalah masalah Onychophagia. Simptom Onychophagia merupakan habit menggigit kuku dan ia merupakan masalah psiko-emosi (psycho emotional) berkait dengan stres. Kanak-kanak tersebut melakukan tindakan menggigit kuku sewaktu berada dalam tertekan dan tindakan tersebut memberi kesan kepada kesihatan anggota tangan dan amat mempengaruhi perkembangan fisiologi, psikologi dan tingkah laku. Kajian ini memberi implikasi kepada guru-guru prasekolah, ibu bapa dan stakeholder secara proaktif dan kolektif bagi membangunkan strategi daya tindak (coping skills) untuk kanak-kanak orang asli yang mengalami stres.

Children and adolescents are also faced with the effects of stress and are a serious threat among schoolchildren. This qualitative case study was conducted to identify the existence and stress of stress among Aboriginal preschools. The sample of the study involved a native child pre-schooler. Data collection instruments used in this study were interview protocols, checklists, observations and documents. Transcript data was analysed using Nvivo software 0.8. The findings showed that subjects were subjected to stress at the score of 75 points based on Stress Measurement Instrument: Child and Adolescent Survey of Experiences (CASE). The stress symptoms indicated by the subject were Onychophagia. The Onychophagia Syndrome is a nail bite habit and it is a psycho-emotional problem associated with stress. The kid performed nail biting action while under stress and the action affected the health of the hands and greatly influenced the development of physiology, psychology and behaviour. This study implies proactively and collectively preschool teachers, parents and stakeholders to develop coping skills for stressed indigenous children.

Published
2018-12-14
How to Cite
Hj. Harun, N. A., & Md. Jaafar, F. (2018). STRES DAN SIMPTOM ONYCHOPHAGIA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH ORANG ASLI. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 7, 50 - 58. Retrieved from http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/911