PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI PENDEKATAN PROJEK

CHILDREN’S INITIATIVE IN INVESTIGATION THROUGH PROJECT APPROACH

  • Noor Ashikin Mohd Yusop Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Norazizah Abdul Rahman Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Sopia Md Yassin Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Zainiah@Zaniah Mohamed Isa Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: pendekatan projek, inisiatif kanak-kanak, inkuiri, sains, project approach, child initiative, inquiry, science

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk meneroka pelaksanaan penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak. Secara khususnya kajian ini memberi maklumat tentang elemen-elemen penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan terhadap dua orang pendidik berserta dua kumpulan fokus kanak-kanak yang berusia 4+ dan 5+ di sebuah tadika di negeri Perak. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian pelbagai kes. Data kajian diperoleh menerusi dokumen dan pemerhatian terhadap peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen pelaksanaan aktiviti penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak dapat ditonjolkan menerusi soalan kanak-kanak, pemilihan bahan dan alat radas, tatacara pelaksanaan penyiasatan dan penghasilan projek. Lantaran itu, hasil kajian ini membuktikan bahawa penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak mampu meningkatkan penguasaan konsep sains kanak-kanak.

The purpose of this study is to explore children’s investigations have on their initiatives. Specifically, this study provides information on elements of a child-initiated investigation through Project Approach. This study was conducted involving two educators and two focus groups of children aged 4+ and 5+ in a kindergarten in Perak. This qualitative study used a multi-case study design. The data were obtained through documents and observations with the participants. The findings also showed that the elements of child initiatives can be highlighted through the children’s questions, how children solve problems and project creation. Therefore, the finding also showed that the inquiry by children can also improve the concept science.

Published
2018-12-14
How to Cite
Mohd Yusop, N. A., Abdul Rahman, N., Md Yassin, S., & Mohamed Isa, Z. (2018). PENYIASATAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI PENDEKATAN PROJEK. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 7, 30 - 49. Retrieved from http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/910