Persepsi ibu bapa terhadap aktiviti belajar melalui bermain bagi kanak-kanak prasekolah

Parents’ perceptions of learning activities through play for preschool children

Authors

  • Masyetah Munawwarah Abu Bakar Sedek Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Syaza Hazwani Zaini Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.4.2021

Keywords:

persepsi, penglibatan, kanak-kanak prasekolah, tadika, belajar melalui bermain, perceptions, involvement, preschool children, kindergarten, learning through play

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap aktiviti belajar melalui bermain bagi kanak-kanak prasekolah serta penglibatan mereka dalam aktiviti ini. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif menggunakan sebanyak 45 sampel dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak prasekolah di daerah Batu Pahat. Borang soal selidik diadaptasi dari skala The Parent Play Beliefs Scale (PPBS), Manual and Scoring Guide (2006) oleh Livy M. Fogle dan Julia L. Mendez. Borang soal selidik yang telah diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian kajian, diedarkan kepada ibu bapa. Terdapat 2 bahagian di dalam borang ini yang merangkumi soalan berkaitan persepsi dan penglibatan ibu bapa terhadap aktiviti belajar melalui bermain bagi kanak-kanak prsekolah. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan min kedua-dua objektif. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan persepsi ibu bapa berada pada tahap tinggi iaitu ibu bapa mempercayai belajar melalui bermain adalah sangat baik untuk perkembangan anak-anak mereka dari pelbagai aspek. Penglibatan ibu bapa dalam perkara ini juga menunjukkan mereka cenderung untuk terlibat sama dalam aktiviti belajar melalui bermain bagi anak-anak. Selain dapat membina hubungan yang erat, pencapaian akademik anak-anak juga dapat ditingkatkan. Kajian ini diharapkan dapat membantu guru atau pemilik taska dan tadika memberi idea kepada ibu bapa melakukan aktiviti belajar melalui bermain ketika di rumah agar dapat melihat perkembangan anak-anak.

(This study was conducted to identify parents’ perceptions of learning activities through play for preschool children as well as their involvement in these activities. A quantitative survey study using 45 samples among parents of preschool children in Batu Pahat district. The questionnaire was adapted from the scale of the The Parent Play Beliefs Scale (PPBS), Manual and Scoring Guide (2006) by Livy M. Fogle and Julia L. Mendez. Questionnaires, which were modified according to the needs and suitability of the study, were distributed to parents. There are 2 sections in this form include questions related to parents' perceptions and involvement in learning activities through play for preschool children. The data obtained were analyzed descriptively using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) to obtain the mean frequency of both objectives. Findings of the study show that the overall mean of parental perception is at a high level which parents believe learning through play is very good for the development of their children from various aspects. The involvement of parents in this matter also shows that they tend to be equally involved in learning activities through play for children. In addition to building close relationships, children's academic achievement also can be improved. This study is expected to help teachers or nursery and kindergarten owners by giving ideas to parents to do learning activities through play while at home in order to see the development of children.)

Downloads

Download data is not yet available.

References

Fauziah, H. J., Fairuz, H., Noraini, I., & Nazariah, A. S. (2014). Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak di pusat anak permata negara. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 3, 36 - 61. http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/778

Fogle, L. M., & Mendez, J. L. (2006). The Parent Play Beliefs Scale (PPBS): Manual and scoring guide.

Jaslinah Makantal. (2014). Perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak melalui bermain: Satu kajian kes di sebuah prasekolah. (Ijazah Sarjana Pendidikan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

Jensen, D. M. (2010). Parental perspectives of play with preschool children. (Departmental Honors). Utah State University, Logan.

Mohammad Albatatatineih. (2018). Perception of parents towards children’s play: A comparative study of perspectives of Jordanians and Syrian refugees: British Journal of Humanities and Social Sciences, 19(2).

Muhammad Shakandar Ali, Kamrul Qader Chowdhury, & AKM Obaydullah. (2019). Parents’ perception towards play based learning of 3-5 years old children. 1(12).

Ngu L. S. (2017). Pengaruh gaya keibubapaan. Penglibatan ibu bapa dan kecerdasan emosi terhadap pencapaian akademik di Limbang, Sarawak (Tesis PhD). Universiti Utara Malaysia.

Paezah, A. H., & Faridah, Y. (2017). Kepentingan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan. 1-9

Putri Afzan Maria Zulkifli. (2019). Ada apa dengan bermain. EYTC Group & Resources Sdn. Bhd.

Turk, K. (2015). Parents’ beliefs and attitudes about a play curriculum. (Tesis Doktor Falsafah). Kent State University College and Graduate School, Ohio.

Warash, B. G., Root, A. E., & Doris, M. D. (2016). Parents’ perceptions of play: A comparative study of spousal perspectives. Journal of Early Child Development and Care, 187, 958-966.

Downloads

Published

2021-06-05

How to Cite

Abu Bakar Sedek, M. M., & Zaini, S. H. (2021). Persepsi ibu bapa terhadap aktiviti belajar melalui bermain bagi kanak-kanak prasekolah: Parents’ perceptions of learning activities through play for preschool children. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 35–46. https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.4.2021